Posts

Air Tangan Suami

Image
Kat sini nak cite la. Suami saya ni rajin memasak sejak dua menjak ni. Tatau la kenapa. Weekend lepas beliau telah merajinkan dirinya untuk masak. Selera nak makan ikan masak stim. Jumaat malam tu kami pegi Giant beli ikan siakap. Tapi beli sekor je la. Sebab rice cooker kecik je. Alasan beliau ialah nak bagi Ahmad Ishraff makan. Hehehe. Suke ati beliau laaa. Pagi ahad yang indah, beliau bangun tido dengan semangatnya terus nak masak. (Bangun pon pukul 10 pagi. Pagi la sangat) Tapi bahan-bahan nak peram takde. Haishh! Kena la pegi Giant lagik. Kiteorang pegi Giant kecik je yang berdekatan dengan rumah. Jimat masa dan cepat. Hehehe. Dah beli bahan nak peram beliau pon start la siapkan bahan-bahan seperti di dalam resepi yang adik ipar saya cari dalam internet . Huhuhu. Saya biarkan aje. Tolong sikit-sikit sudahh. Hahaha. Lastly siap dan sedia di makan dekat pukul 2 petang agaknya. Sedappp! Saya suka! Ahmad Ishraff pon suka. Berjaya beliau memasak Ikan ...

Waktu Rehat Di Hari Jumaat

Image
Ni cite minggu lepas. Hahaha. Waktu rehat hari Jumaat kan lama. So planning nak pegi Subang jumpa kak Linda. Sekali kereta aku prob pulak. En. Hubby plak tak bagi pegi. Takut kereta rosak tengah jalan. Nanti aku tepon en. hubby nangis-nangis. Kalau jadik camtu memang mintak kena marah je la kan. So aku lupekan je la niat aku tu. Sorry to Kak Linda. Tah bila dapat jumpe kan. Bila planning aku tu tak jadik, aku pon meneruskan niat untuk balik rumah la cam biase. Memula tu ingat nak tido jek mengisi masa yang lama tu. Tapi bila tengok keadaan rumah yang boleh kate cam rumah tinggal tu, aku pon start la mengemas. Aku ni ade satu perangai. Kalau dah start mengemas memang tak bole nak berenti. Lepas mengemas rumah (tu pon tak abis mengemas lagik tu) aku pon nak rilek kejap la sebelum nak siap-siap ready masuk opis plak. Tetibe lapo melanda. Teringat plak Magnum Classic aku beli kat Giant ari tu. Hehehe. Reward diri sendiri selepas penat mengemas. Mmmmm seda...

Weekend

Image
Assalamualaikum n camat pagi sume! Hmmm tak tau nak update ape. Cite pasal weekend lepas je la. Weekend tak buat ape pon kat rumah. Hubby pegi lawan bola company die hari sabtu. Aku kat rumah jadi bini tarzan terjerit-jerit nama Ahmad. Rumah memang tak boleh tengok berkemas sikit. Ahmad confirm akan buat sepah balik. Rumah akan sunyi bila Ahmad tido jek. Barulah aman sikit nak mengemas or nak buat ape-ape. Tapi bila Ahmad bangun tido, keadaan akan kembali seperti sedia kala. Saya ni dah rupa bibik rasanye. Hehehe. Malam tu disebabkan dah kebosanan tahap dewa dewi, memng dah tak dapat dibendung lagi perasaan tu, aku ajak hubby pegi dinner kat Pizza. Hari sabtu boleh order Cheese Baked Rice. Yum yum. Hehehe. Malam tu memang ramai orang. So tunggu order pon lambat. Meh tengok telatah dan gelagat dua orang cinta hati saya ni. Ahmad dah beso ni memacam peel die tau. Kelakar! Sibuk nak pegang pisau makan Pastu die cucuk tangan baba die! Pagi di hari minggu pulak...

FAMILY DAY BCDN, WPKL

Image
4 dan 5 Februari 2012 minggu lepas kami satu family pegi family day yang Dept. aku buat. Family day tu buat kat Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor. Sepanjang aku keje kat WPKL ni 1st time aku pegi family day. Sekarang dah bertiga, tu yang rasa seronok nak pegi. Memang enjoy la pegi family day ni. Memula kami nak pegi naik kereta jek. Tapi en. hubby cakap suh naik bas. Sebab perjalanan jauh, hubby takut penat drive nanti sampai sana takde mood. Mood tido jek lebih. So kami amik keputusan naik bas aje. 4 Februari tu kami bertolak. Bas gerak pukul 8.00 pagi. Kami gerak lewat sikit sebab tunggu bos yang belum sampai lagi. Aku nervous jugak nak naik bas ni. Takut Ahmad meragam dalam bas. Macam mana nak BF Ahmad dalam bas. 1st time jalan jauh dengan Ahmad dan naik bas. Nasib baik ayah angkat Ahmad pon ada. Dalam bas pon die tak meragam banyak sangat. BF pon tak susah sangat. Babah die tolong cover mama masa BF tu. Ahmad ni ngan sume orang takmo. Tapi kalau tegur-tegur, ...

NENEK GILA MEROYAN

pak pak pakkkk! pak pak pakkkk! Menyirap jek darah aku dengar. Takpe. Sabar lagi. pak pak pakkkk! pak pak pakkkk! Lagi sekali. Malah lebih kuat! Tersirap lagik darah aku. Aku ada rasa nak memaki orang nih! Bunyik pak pak tu korang nak tau bunyik apa? Bunyik CC a.k.a Nenek Kebayan tua nak mampos tak sedar diri tengah cop surat! Cop surat macam gampang kan?? Die boleh hentak cop tu kat surat kuat-kuat cam orang dah ilang akal. Kalau korang kat tempat aku ape korang akan buat?? Ada rasa nak kaki kan muka dia tak?? Tercabar kesabaran aku nih! Die nih pakai terompah kat dalam opis. Pastu jalan menyeret bunyik kelepek! kelepek! kelepek! Annoying kan?? Pastu mulut busuk cam loji najis. Keje nak menyindir orang je seolah-olah ape semua dia buat tu betul dan baik. Orang lain ni sume tak betul, tak baik. Suka cakap diri sendiri orang sembahyang dan tuhan sayang kat dia. Sebab tu semua orang nak buat dia, nak naya dia. Aku rasa dia confident kat akhirat sok dia sorang jek m...

PORT DICKSON

Image
Heloo2. Last week on Chinese New Year kami sekeluarga pegi Port Dickson. Bersama-sama pak dan mak mertua aku, mak long, adik-adik ipar dan anak-anak buah. Kebetulan birthday pak mertua on 22nd tu. Celebrate dengan mandi manda. huhuhu. Cakap pasal PD, memang memori la PD ni pada aku. Banyak sangat kenangan terindah aku dengan mr.hubby. Kata semuanya bermula kat PD since kami berkawan, bercinta, bertunang sampailah bernikah. Suka, duka, susah senang sume bersama. Ok enuff la pasal kenangan aku ngan mr.hubby aku ni. Kang melalut-lalut plak. Ade yang muntah hijau nanti. hahahaha. On that day memang perjalanan dari Bahau tu lancar jek. Sesampai nak masuk ke PD jalan nak ke Teluk Kemang tu, jem gila. Ramai betul yang datang Teluk Kemang tu nak berpiknik cam kami jugak. Haihh. Jem betullah! Last-last plan pegi Felda Residence. Bukan nak pegi menginap sana. Nak pegi pantai belakang Felda Residence tu je. Hahahaha. Kat situ memang tak ramai orang. Tapi yang tak bestnya nak parking kena bayar 2...

Scotts Emulsion

Image
Tengah jalan-jalan kat Giant Hypermarket , Kelana Jaya dengan hubby n Ahmad Ishraff lalu depan Guardian Pharmacy . Tetibe teringat mama ada pesan kat aku suh bagi Ishraff makan Scotts Emulsion . Kata mama menda ni bagus untuk kesihatan budak. Dapat bina ketahanan diri daripada sakit contoh untuk selesema dan batuk. So aku decide singgah Guardian Pharmacy kejap nak cari dan beli la jugak. Mula-mula nak beli yang berperisa oren. Sebab masa aku kecik-kecik dulu mama ada la bg aku makan menda ni. Yang kaler putih, rasa die original . Tapi rasa die memang tak boleh blah laa. Pastu berbau hanyir. Kata minyak ikan kod. So decide amik perisa oren la. Hubby plak suruh beli la yang original sebab ada DHA, perisa oren tak ada DHA. Aku fikir-fikir balik, betul jugak. Macam original lagik bagus jek. Cuma rasa die tak brape sedap. Lastly decide beli yang original . Bedal la anak aku suka ke tak. Try dulu la. Habis shopping , trus balik rumah. Tak tukar baju terus je buka...