Posts

Penyamun lagik !!

Selang beberapa hari je dari hari rumah aku kena masuk penyamun. Hari Rabu lepas 28 Julai 2010 jam 03.00 pagi. Aku tersedar dari tidur sebab rasa panas. Rupa-rupanya kipas tak berpasang. Aku tanya si suami samada die tutup kipas ke? Dia cakap ya. Aku rasa tak sedap hati. Cuba bangun untuk buka kipas semula. Aku tekan suis ke atas dan ke bawah. Tak berfungsi pun. Tak ada elektrik rupanya. Aku nak sambung tidur semula. Tapi mata tak boleh lelap. Hati memang tak sedap. Aku rasa macam ada orang kat luar rumah. Tapi aku takut mainan perasaan je. Sebab takkan penyamun nak datang lagi. Berani betul. Aku tengok suami lena je tidur berdengkur. Aku ada dengar bunyi di luar rumah. Sayup sayup dan tak pasti bunyi apa bersilih dengan bunyi anjing milik cina tanam pokok sebelah blok menyalak dan kemudian senyap. Tapi tak syak apa-apa. Aku cuba sambung tidur. Lena. Pukul 6.45 pagi aku dan suami bangun serentak. Si suami check blok depan dan blok belakang rumah aku. Elok je l...

Penyamun !!

24 Julai 2010, Jam 2120 Malam Aku sampai ke rumah daripada Bahau. Bukak pintu cam biase. Tapi terkejut beruknye aku rumah aku berselerak. Aku fikir balik samada aku tinggalkan rumah berselerak ke tak eh?? Macam tak. 2 kali aku patah balik ke rumah tinggal barang yang aku beli kat hardware sebelum aku gerak balik ke Bahau. Konpem la rumah aku kena masuk penyamun nih! Aku panggil laki aku naik rumah cepat die boleh terkedek kedek lagik kat bawah rumah tu. Haihhh. So kami checking satu rumah. Takde kesan masuk la. Takde kesan pintu di ompil, di pecah, grill pon aku bukak cam biase tadik takde pulak kena potong. Hebat penyamun nih! Memang rumah aku takde lobang ke ape yang boleh orang masuk. Kalau ade lobang pon lipas lepas ar. Ke penyamun nih pakai ilmu? Aku cool je dulu. Tak la panik. Laki aku yang panik gile sebab laptop kesayangan die dah ilang. Aku pon terkilan jugak. Tapi die lagi la rasa terkilan. Sebab die tak dapat nak main poker. Hihihi. Bukan ape laptop tu baru sangat beli. Tak ...

TIPS MENGURANGKAN RASA TIDAK SELESA SAAT HAMIL

Saat melalui kehamilan, pelbagai jenis ketidakselesaan akan anda alami. Ikuti pandangan Dr. rasliza ramli dari Pusat Perubatan KPJ Kajang agar kehamilan yang menyenangkan dapat dinikmati. Masalah 1: Mual atau muntah. Punca: Ketidakselesaan terjadi akibat kehadiran hormon beta HCG yang bertindak balas pada bahagian otak. Kebanyakan kehamilan mengalami masalah ini di antara minggu ke-8 hinggake-12. Namun, ada yang berlarutan sehingga minggu ke-20. Cara Mengatasi : 1. Makan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit. - kadang2 aku takut nak makan sebab takut muntah balik. 2. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak. 3. Makan lebih buah-buahan yang tinggi potassium seperti anggur dan pisang atau minum air kelapa. 4. Elak minuman berkarbonat dan berkafein kerana ia boleh menambahkan rasa loya. 5. Jangan ambil jeruk atau asam sebab ia mengandungi banyak asid, garam, perisa dan pewarna tiruan. 6. Jika berterusan perlu ambil ubat tahan muntah seperti Maxalon atau A...

Masak Lomak Cili Api

Sejak dua menjak aku memang tak larat nak berjalan n keluar rumah. Hari minggu adalah hari rehat aku. Peliknya bila hari cuti je aku aku tak lah sickness seteruk aku berada dekat office. Adalah muntah-muntah sikit. Suami pon cakap aku ceria je. Jumaat yang lepas aku PMC. Tak pegi office. Petang Jumaat tu abang ipar dan adik ipar aku datang singgah selepas diorang hadiri taklimat di UM. Aku siap mengemas rumah. Basuh baju dan masak sekali. Ape yang aku masak? Aku cuba untuk pertama kali Masak Lomak Cili Api. Alhamdulillah berjaya. Hehehe. Tak susah pon nak masak ni. So, abg ipar aku tanya samada aku tak mabuk-mabuk ke siap masak sume bagai. Aku cakap tak la. So abg ipar aku buat kesimpulan yang aku ni allergic dengan tempat kerja. Hahahaha! Memang aku tergelak dengar. Tapi setelah pikir-pikir balik aku rasa macam ade betulnya jugak. Dalam pukul 7pm suami pon pulang dari. Dia pon tak sangka aku boleh masak dan mengemas. Sedangkan sebelum ni aku la makhluk paling pema...

aku benci poker

AKU BENCI POKER KAT FACEBOOK!! HARAMKAN POKER!!

RINDU TILAM DAN BANTAL

Sejak mengandung dan alami alahan nih, aku memang susah nak berpisah dengan tilam dan bantal. Sekarang aku dah rindu pada tilam dan bantal. Kalau dapat baring dan tido saja memang dapat Aku jugak jadi sangat pemalas. Kesian sama suami yang terpaksa menjadi bibik dan penat melayan kerenah aku yang tak menentu nih. Kadang-kadang jadi sangat emosi dan sensitif. Kadang-kadang boleh jadi sangat manja dan mengada-ngada. Aku dah jadi malas nak mengemas rumah, malas nak basuh pinggan mangkuk malah malas nak melayan makan dan minum suami. Haihh. Teruk betul perangai aku nih. Kadang-kadang suami naik berang, tp kemudian dia mula memahami. Hehehe. Mekasih bee kerana memahami. Aku tak banyak mengidam sangat tapi aku kurang selera makan. Aku pun tak tau nak makan apa yang mendatangkan selera. Malahan muntah-muntah yang sangat teruk. Tak tahan nak menghadap muntah-muntah nih. Sebab tuh aku rasa lebih selesa kalau di rumah nih. Dapat muntah sesuka hati tapi kalau di pejabat aku tak la...

Kawan Makan Kawan

Zaman sekarang nih kawan makan kawan nih perkara yang sinonim dalam hidup kite. Kalau takde kawan makan kawan bukanlah hidup namenye. Aku pon dah lali sebenarnye. Cuba buat-buat tak tahu je dengan perkara nih. Tapi kesilapan takkan berlaku 2-3 kali lagi. Kalau aku nak cuba lagik dan terkena untuk sampai 4-5 kali lagi, maknanye bodoh la aku kan?? Siape nak pisang berbuah 4-5 kali?? 2 kali pon owang tak mau kan?? So dah sampai masa aku merambos dari hidup kau yang penuh dengan penipuan. Aku tengokkan je kau menipu aku dari awal. Aku rasa kesian bila aku pikirkan kau kawan aku dan aku beri peluang kau untuk berubah. Tapi kau masih tak sedar diri dan medongak langit bila bercakap. Selambe badak je kau menipu aku. Takde rasa bersalah. Kau sungguh kesian. Bulan 12 aku pindah rumah kau. Kau mesra gila baik gila dengan aku. Akulah BFF. Sampai aku menyewa dengan kau pon kau kata tak perlu deposit umah. Oh baiknya hati kau. Rupanya ada udang di sebalik mee. Bulan pertama aku ba...