Air Tangan Suami
Kat sini nak cite la. Suami saya ni rajin memasak sejak dua menjak ni. Tatau la kenapa. Weekend lepas beliau telah merajinkan dirinya untuk masak. Selera nak makan ikan masak stim. Jumaat malam tu kami pegi Giant beli ikan siakap. Tapi beli sekor je la. Sebab rice cooker kecik je. Alasan beliau ialah nak bagi Ahmad Ishraff makan. Hehehe. Suke ati beliau laaa. Pagi ahad yang indah, beliau bangun tido dengan semangatnya terus nak masak. (Bangun pon pukul 10 pagi. Pagi la sangat) Tapi bahan-bahan nak peram takde. Haishh! Kena la pegi Giant lagik. Kiteorang pegi Giant kecik je yang berdekatan dengan rumah. Jimat masa dan cepat. Hehehe. Dah beli bahan nak peram beliau pon start la siapkan bahan-bahan seperti di dalam resepi yang adik ipar saya cari dalam internet . Huhuhu. Saya biarkan aje. Tolong sikit-sikit sudahh. Hahaha. Lastly siap dan sedia di makan dekat pukul 2 petang agaknya. Sedappp! Saya suka! Ahmad Ishraff pon suka. Berjaya beliau memasak Ikan ...