Pages

May 17, 2012

PERTUKARAN KE STATE LAGI ??


En. Hubby dah abes bon *tak tau betul ke tak ejaannya nih* dengan kilang tempat beliau keje sekarang.  2 tahun jek.  Hubby ade cakap yang beliau nak cari keje lain.  Lepas abes belajar ni nak demand gaji tinggi sikit dari yang sekarang ni.  Tapi nak cari tempat kerja di tempat yang taraf hidupnya rendah.  Contohnya macam dekat kampung-kampung.  Beliau dah usha usha tempat yang sesuai, iaitu balik ke kampung beliau sendiri di Bahau.  Ade satu kilang simen, kemungkinan peluang dapat tu cerah la.  Kalau dapat tu memang konpem aku pon kena tukar tempat kerja lagi la kan.  Kali ni pindah ke state yang lagik kecik.  Huhuhuhu…


Yang menjadi kemusykilan aku, ade ke kekosongan PA kat Bahau tu?  Ade ke ape-ape Jabatan kat sana?  Ke aku kena cari kekosongan di Kuala Pilah atau Seremban?  Agak jauh la kan kalau aku menetap kat Bahau.  Sesungguhnya amat memeningkan kepala bila aku pikir menda ni semua.  Pindah dari wilayah ni memang satu peluang yang aku tunggu-tunggu.  Aku takde hati dah kat sini.  Selagi ada anasir jahat yang aku tak suka ni masih ada depan mata aku hari-hari.  Menyampah!  Hanya aku malas nak call JPA tanya kekosongan, buat surat dan menunggu serta buat follow up kalau takde pape feedback.  Malas nak buat semua tu.  Kalau lah ade kabel besar kat JPA pasti aku tak perlu bersusah payah sebegitu kan.  Hanya call dah buat request je.  Pastu dapat jawapan, terus dapat tukar.  Tinggal dengan senang hatinya pergi kat tempat baru yang kena tukar tu.  Berangan lah kan!  Takde ape yang senang kat dunia ni.  Sumenya kena bersusah-susah dulu, senang-senang kemudian.  Usaha tu perlu.  Bak kata pepatah There’s no elevator to succeed.  You have to take stairs to get it and Success doesn't come to you, you must go out and get it


Tapi aku sayang nak tinggal kuarters kastam wilayah ni.  Aku suka suasana rumahnya.  Selesa.  Sebenarnya aku memang dah selesa kat wilayah ni.  Cuma nak cari keselesaan yang lebih dari segi pendapatan *hubby aku cakap la* sebab nak tambah ahli keluarga.  Aku ikut je la.  I love babiesSo aku tak kisah kalau nak tambah baby lagik.  Dan…  blah dari tengok muka yang menyampahkan kat opis ni.  Ape pun aku cuma merancang aje la.  Serahkan pada Allah SWT yang akan menentukan.  Kalau yang ditentukan tu baik untuk masa depan kami sekeluarga aku bersyukur alhamdullilah.  Kalau sebaliknya aku bersyukur dan redha jugak.  Mungkin ia adalah satu dugaan untuk menguji kami sekeluarga. 


Secara kesimpulannya, lepas ni ape ape pun yang ditentukan Allah tu aku terima dengan redha dan hati yang terbuka.  Terima dengan fikiran yang positif.  Berusaha dan bertabahlah! 

p/s  : State kecik tak semestinya tak best kan.  Redah jek la!


May 15, 2012

Bankrupcy


Takut tak bila baca tajuk enri ini? Hehehe… Aku yang nak taip pon agak seram jugak.  Hahahahahha… Saje nak kongsi pengalaman dengan korang.  Aku ni dah penah ade status bankrupcy tau tak.  Sumenya berpunca dari kereta yang tak berbayo.  Aku ni seorang yang baik hati.  Bukan sebab aku jadi penjamin, tapi aku yang jadi tukang loan kereta tu.  Baik sangat.  Mungkin bila ada hubungan seperti air dicincang takkan putus, tapi diambil kesempatan pulak.  Nak buat cemana?  Nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak.  Akhirnya aku saje lah memendam rase.  *sedih ni*


Bila korang dah ada status bankrupcy *kira baru notis bankrupcy aje* walaupon korang belum di bankrupt kan korang memang akan mengalami masalah.  Kira kemudahan korang especially kemudahan pinjaman akan terjejas.  Kalau nak buat pinjaman perumahan tu, kalau yang keje gomen still boleh pinjam lagi la.  Tapi kalau korang yang keje swasta ni konpem application korang tu akan di reject!  Begitu jugak dengan pinjaman peribadi.  Jangan la harap nak cepat lulus atau berjalan dengan lancar jek.  Pasti korang akan tunggu hingga berbulan-bulan lamanya.  Ni pengalaman aku nih!  Bila status kewangan korang tak jelas bank akan tangguh dan tangguh sampai jelas.  Dan itu akan memakan masa sampai korang dah fed up nak tunggu.  Sampai korang rasa dah taknak dah buat loan.  Nak mintak balik sume application korang tu. 


So moral of the story, tak payah la nak jadik tukang loan hatta si penjamin sekalipon kat kengkawan, sedara mara atau adik beradik.  Apa lagi kalau orang yang kite tak kenal or tak berapa rapat.  Aku penah ade kawan baik nak mintak aku loan kan untuk pinjaman peribadi die.  Nasib baik aku tak buat loan tu untuk dia.  Kalau tak memang bertambah la sengsara aku ni.  Sekarang pon aku dah putus kawan dengan dia.  Pengajaran ni.  So kalau ade kengkawan nak mintak tolong buat loan atau jadik penjamin, terus menolak.  Kemudian hari ape nak jadik ko takkan tau kan.  Kalau nak jadik jugak, anda cuba, anda sengsara.  Hahahaha…  Dah cam slogan Anti Dadah pulak.  Kalau nak jadik jugak korang pikir la betul-betul 2 3 kali.  Kaji betul-betul.  Tak menyusahkan kita di masa hadapan takpe.  Tapi kalau dah susah dan hidup pon terjejas masa depan korang akan rasa macam-macam rasa.  Sampai tak terluah.  *sedih, marah, sakit ati semua bercampur baur ni*  makan ati beb!  Pendek kata fikirlah untuk diri sendiri sebelum fikir untuk orang lain.  Sebab bila dah susah tu nanti orang lain tak fikir pasal kita, takde sape nak tolong dah.  Kalau jenis lepas tangan, ko ngadap la masalah tu sensorang.  Sebab dah terang-terang nama ko yang atas kertas tu.  Bank nak tolong pon banyak cekadak nak itu ini, masalah itu ini.  Tension jek korang nanti!  So sayangilah diri sendiri.  Hehehe…  Dah macam luahan perasaan aku jugak ni.  Lantak la, janji puas hati aku ni.  Lega jugak rasanya. 

p/s  :  Fikir untuk diri sendiri dulu tau sebelum nak fikir untuk orang lain!  :)


frust ni! comel tak?

May 14, 2012

ADIK AHMAD

Semalam malam otw balik dari rumah mertua di Bahau, aku dan hubby ade berbincang sikit.  Bincang ape?  Hehehe…  Bincang pasal nak bagi adik pada Ahmad Ishraff.  Hehehe…  Tetiba jek hubby ade cakap sebelum ni;

“Yang, bee nak tambah anak la tahun ni.”

“Yeke?nak bile?” macam excited

“Bulan 6 ni ke.” muka selamba.

OK!” sambil berkira-kira bila due nya nanti.

Tapi bila aku kira-kira balik due tu kira-kira bulan 3 atau 4 tahun depan la kan.  So aku request takmo sama bintang dengan aku.  Takut tak rapat sangat ngan aku nanti.  Tah pape jek aku ni kan?  Entah kenapa aku rasa kalau baby tu kalau sama bintang dengan aku, dia takkan boleh get along atau rapat dengan aku.  Tapi instinct *betul ke eja ni?* aku kuat rasa camtu.  Hubby pon layankan aje la.  Setuju je la tak banyak soal pon.  Hehehe…

Lepas tu aku tanya la hubby bila habis belajar.  Katanya dalam bulan 4 tahun depan.  Itu adalah lagi satu faktor aku takmo beranak bulan 3 or 4 tahun depan.  Nanti kalau dah habis belajar mesti nak konvokesyen kan?  Aku nak ikut hubby punya konvokesyen.  Kalau dah terberanak mesti dalam pantang kan.  Rugi la kalau aku tak dapat ikut saat tu. 

“Kalau camtu nak baby bulan berapa ni?”

“Tak kisah bebila.  Sama dengan babah pon takpe.  Mama dah tau nak handle cemana.  hik hik hik…” gelak gedik.

“Ujung tahun lagi?” macam confuse.

“Tak kisah la babah.  Buat lepas raya pon ok.”

Tiba-tiba aku rasa  kami berkira-kira untuk tambah anak.  Sebenarnya bukanlah berkira tapi merancang.  Kalau boleh biarlah teratur, berjalan dengan lancar dan kena pada masanya.  Seriously kami merancang sendiri untuk tambah anak dan bila waktu sesuai untuk aku mengandung.  Aku tak makan apa-apa ubat atau perancang bantuan daripada doktor.  Biarlah terjadi secara sendiri.  Apa-apa pon jalan hidup kita ni mesti kena ada perancangan.  Walaupon kami merancang, tapi tetap Allah yang akan tentukan ye tak??  So kami serahkan pada yang Esa untuk tentukan hidup kami melalui rancangan yang kami buat ni.  Insya Allah.  
Aku sangat excited untuk bagi Ahmad Ishraff adik.  Dalam masa yang sama pon ada rasa kesian kat Ahmad.  Mesti dah tak dapat manja-manja lagik dengan mama.  Tapi babah Ahmad dah ready nak layan Ahmad bila mama sibuk layan adik dia nanti. 

“Ahmad boleh kawan dengan babah!”

Lega jugak dengar babah cakap macam tu.  Tengoklah macam mana perancangan kami ni.  Semuga diperkenan dan diredhai Allah.  Ape pon mama tetap sayang Ahmad sampai bila-bila.  Ahmad the best n precious give ever daripada Allah untuk menceriakan hidup mama ngan babah lepas kahwin.  *macam dah bergenang dan berkaca mata aku bila taip ni*  Mama n babah love u forever sayang!! mwahss!!

p/s  :  Kalau perempuan Nur Marissa.  Kalau lelaki Ahmad Dani.  Dah ready nama dah.  Huhuhuhu…  :)

May 9, 2012

Tak Berani Punya Budak!


Masa hari buruh lepas aku balik JB.  Umah mama ngan papa.  Tak berapa nak beraktiviti sangat.  Cuaca panas yang amat.  Malam sejuk pulak.  So babah Ahmad ngan aku planning nak beli cam swimming pool budak-budak yang isi angin tu.  Beli kat Giant jek.  Bagi anak buah aku ngan Ahmad seronok sikit dan jugak penat bermain air.  So malam boleh tido dengan lenanya.  Tapi hero aku ni sume pon takut nak try.  Tak Berani Punya Budak!  Jom tengok!

IMG00202-20120429-1143 Ok!memula Hazziq masuk dulu.  Babah pon enterprame.


IMG00203-20120429-1143
 Budak ni tengok jek dari jauh.



IMG00204-20120429-1143 Still memerhati dari jauh saje.


IMG00205-20120429-1144 Puas jugak atok pujuk.


IMG00207-20120429-1144 Tak Berani Punya Budak masih tidak kelihatan!


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


IMG00211-20120429-1200 Usaha babah memujuk.


IMG00213-20120429-1206 Babah kasik rasa-rasa sket air tu.



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Cubaan babah memujuk tak berjaya.  Mama pulak rasa tak puas hati selagi die tak masuk kolam tu.  Scene aku memaksa Tak Berani Punya Budak masuk lam kolam tu tak dirakam.  Keh..keh..keh…  Akhirnyaaaa…..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

IMG00214-20120429-1214
IMG00215-20120429-1214
IMG00216-20120429-1215
IMG00217-20120429-1218
IMG00218-20120429-1218
IMG00219-20120429-1219
IMG00220-20120429-1221
IMG00221-20120429-1223
IMG00222-20120430-1116


Hahahahaha…  Berjaya jugak mama paksa mandi kolam.  Bila dah masuk kolam tu kita cakap “dah..dah..dah..”  Dia boleh geleng-geleng kepala pulak.  Dah taknak kuar pulak asyik nak main air.  Dah la asyik buli abang Hazziq dalam kolam tu.  Memang hero la anak mama nih.  Dan misi nak bagi diorang penat dan tido dengan lenanya waktu malam berjaya.  Yes! 



p/s  :  Ahmad takut dengan serangga dan lipas.  Boleh menjerit sebab geli.  Hahahaha!