Pages

Mar 12, 2012

Air Tangan Suami

Kat sini nak cite la. Suami saya ni rajin memasak sejak dua menjak ni. Tatau la kenapa. Weekend lepas beliau telah merajinkan dirinya untuk masak. Selera nak makan ikan masak stim. Jumaat malam tu kami pegi Giant beli ikan siakap. Tapi beli sekor je la. Sebab rice cooker kecik je. Alasan beliau ialah nak bagi Ahmad Ishraff makan. Hehehe. Suke ati beliau laaa.

Pagi ahad yang indah, beliau bangun tido dengan semangatnya terus nak masak. (Bangun pon pukul 10 pagi. Pagi la sangat) Tapi bahan-bahan nak peram takde. Haishh! Kena la pegi Giant lagik. Kiteorang pegi Giant kecik je yang berdekatan dengan rumah. Jimat masa dan cepat. Hehehe. Dah beli bahan nak peram beliau pon start la siapkan bahan-bahan seperti di dalam resepi yang adik ipar saya cari dalam internet. Huhuhu. Saya biarkan aje. Tolong sikit-sikit sudahh. Hahaha. Lastly siap dan sedia di makan dekat pukul 2 petang agaknya. Sedappp! Saya suka! Ahmad Ishraff pon suka. Berjaya beliau memasak Ikan Siakap masak stim. Well Done! Jom tengok hasilnya.

IMG00079-20120311-1213



Okeh, ni takde kena mengena ngan entri ini. Selingan saje. Nak tepek gak gambo budak ni. Rambut depan dah kena kerat ngan baba die lepas makan nasik. Ade kena mengena la jugak kan? hahaha.

IMG00080-20120311-1221


p/s : Pasni memang saya akan memaksa beliau masak berjenis-jenis Ikan untuk dimasak stim. Saya suke! :P

Waktu Rehat Di Hari Jumaat

Ni cite minggu lepas. Hahaha. Waktu rehat hari Jumaat kan lama. So planning nak pegi Subang jumpa kak Linda. Sekali kereta aku prob pulak. En. Hubby plak tak bagi pegi. Takut kereta rosak tengah jalan. Nanti aku tepon en.hubby nangis-nangis. Kalau jadik camtu memang mintak kena marah je la kan. So aku lupekan je la niat aku tu. Sorry to Kak Linda. Tah bila dapat jumpe kan.

Bila planning aku tu tak jadik, aku pon meneruskan niat untuk balik rumah la cam biase. Memula tu ingat nak tido jek mengisi masa yang lama tu. Tapi bila tengok keadaan rumah yang boleh kate cam rumah tinggal tu, aku pon start la mengemas. Aku ni ade satu perangai. Kalau dah start mengemas memang tak bole nak berenti. Lepas mengemas rumah (tu pon tak abis mengemas lagik tu) aku pon nak rilek kejap la sebelum nak siap-siap ready masuk opis plak. Tetibe lapo melanda. Teringat plak Magnum Classic aku beli kat Giant ari tu. Hehehe. Reward diri sendiri selepas penat mengemas. Mmmmm sedapppp!

IMG00071-20120309-1332

IMG00072-20120309-1333

IMG00073-20120309-1334

Wahhh teringin nak makan lagi plak tengok gambo Magnum Classic nih! Hehehe. Pas makan ni aku baring-baring jap. Terlelap pulak tu. Pastu padan muka aku. Bangun tengok jam pukul 2.16petang. Dah lambat! Sampai-sampai opis, sib baik bos tak tanye pape. :)

p/s : Nanti nak try Magnum yg lelain plak la. Asek makan classic ni je.

Mar 5, 2012

Weekend

Assalamualaikum n camat pagi sume!

Hmmm tak tau nak update ape. Cite pasal weekend lepas je la. Weekend tak buat ape pon kat rumah. Hubby pegi lawan bola company die hari sabtu. Aku kat rumah jadi bini tarzan terjerit-jerit nama Ahmad. Rumah memang tak boleh tengok berkemas sikit. Ahmad confirm akan buat sepah balik. Rumah akan sunyi bila Ahmad tido jek. Barulah aman sikit nak mengemas or nak buat ape-ape. Tapi bila Ahmad bangun tido, keadaan akan kembali seperti sedia kala. Saya ni dah rupa bibik rasanye. Hehehe.

Malam tu disebabkan dah kebosanan tahap dewa dewi, memng dah tak dapat dibendung lagi perasaan tu, aku ajak hubby pegi dinner kat Pizza. Hari sabtu boleh order Cheese Baked Rice. Yum yum. Hehehe. Malam tu memang ramai orang. So tunggu order pon lambat. Meh tengok telatah dan gelagat dua orang cinta hati saya ni. Ahmad dah beso ni memacam peel die tau. Kelakar!

IMG00067-20120303-2139 Sibuk nak pegang pisau makan

IMG00068-20120303-2140 Pastu die cucuk tangan baba die!

Pagi di hari minggu pulak kami bangun lewat dengan selesanya. Hehehe. Pukul 10 pagi. Bangun-bangun terus masak nasi lemak. Selalu kami pegi beli kat luar jek. Kali ni aku malas nak keluar. Masak je la senang. Pastu sampai ke petang pon makan nasi lemak tu. Sebab aku masak banyak. Nak masak lauk lain hubby kate tak payah. Hehehe. Suke sebenarnye. :P

IMG00069-20120304-1226 Ni la rupe nasik lemaknye. Hidang utk hubby nih dengan air mango sunkist.

Petang pulak bawak Ahmad pegi playground dekat tasik Kelana Jaya. Tapi tak amik gambo pun. Sebab excited tengok Ahmad main gelongsor. Berani dan tak takut dah. Ade progress dari sebelum ni. Tengah nak berkawan agaknya. Tengok budak-budak lain turun naik gelongsor lagik la die excited nak join. Dah beso anak mama! Tapi nak tepek gak la gambo Ahmad. Dua gambar ni bila die asek tarik jek getah rambut kat kepala aku. Dah geram sangat camni la jadinye. Meh tengok!

IMG00061-20120229-1954 Haa tertoncet camtu. Comel tak? hihi.

IMG00062-20120229-1955 Angel nih nampak cam gurl pulak anak mama nih! Jambu you!

p/s : Minggu depan pon confirm bosan jugak. Hubby ade kelas lagik untuk bulan ni. Bertabahlah!