Pages

Feb 14, 2012

FAMILY DAY BCDN, WPKL

4 dan 5 Februari 2012 minggu lepas kami satu family pegi family day yang Dept. aku buat. Family day tu buat kat Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor. Sepanjang aku keje kat WPKL ni 1st time aku pegi family day. Sekarang dah bertiga, tu yang rasa seronok nak pegi. Memang enjoy la pegi family day ni. Memula kami nak pegi naik kereta jek. Tapi en. hubby cakap suh naik bas. Sebab perjalanan jauh, hubby takut penat drive nanti sampai sana takde mood. Mood tido jek lebih. So kami amik keputusan naik bas aje.

4 Februari tu kami bertolak. Bas gerak pukul 8.00 pagi. Kami gerak lewat sikit sebab tunggu bos yang belum sampai lagi. Aku nervous jugak nak naik bas ni. Takut Ahmad meragam dalam bas. Macam mana nak BF Ahmad dalam bas. 1st time jalan jauh dengan Ahmad dan naik bas. Nasib baik ayah angkat Ahmad pon ada. Dalam bas pon die tak meragam banyak sangat. BF pon tak susah sangat. Babah die tolong cover mama masa BF tu. Ahmad ni ngan sume orang takmo. Tapi kalau tegur-tegur, senyum-senyum dia ok. Tapi bila orang hulur tangan nak dukong memang die taknak punya. Jual mahal. Jinak-jinak merpati gituuu. Hahaha. Kalau nak pon dengan ayah angkat dia ataupun Aina anak ayah angkat dia. Memilih ko ye! Sepanjang perjalanan so far ok la. Bas yang kami naik, driver dia driver dari Kastam HQ. Bas pon bas HQ yang punya. Driver dia bawak bas bukan main laju. Kejap-kejap brek, kejap-kejap brek. Adoi. Sib baik tak mabuk naik bas. Rasa nak marah pon ada. Tapi babah Ahmad ni tido syok je. Siap berdengkur okeh! Ahmad pon kejap bangun kejap tido. Kejap tido atas badan mama. Kejap tido atas badan babah die. Tukar-tukar. Manje tauu! Mama sukeee! Mama rasa comel jek! Tapi mama?? Mama tak boleh nak lelap sangat. Kang terjatuh plak Ahmad kan. Hadoiyai. Sib baik mama sayang Ahmad tau.

Sesampai kat jeti lumut, Ahmad still tido lagi. Kesian pulak aku nak kejut dia. Biar je la die tido atas bahu. Bila dah naik feri tu barulah Ahmad bangun. Tak sangka Ahmad suka naik feri. Kalau macam ni, babah Ahmad cakap bole pegi jenjalan lagik. Yeay! Aku sukee! Perjalanan dari jeti lumut tu ke jeti teluk dalam tu tak jauh. Kejap je. Sampai kat jeti teluk dalam kena tunggu lagi. Kami sume kena naik van yg disediakan. Tapi berjanggut jugak la tunggu. Kate cuti panjang. Ramai betol orang datang bercuti kat sini. Van sampai jek berebut-rebut yang ramai-ramai tu nak naik. Kami yg daripada kastam ni terkebelakang, sabar je lepas kan yang lelain tu berebut-rebut. Sopan dan baik kan kami yang dari kastam ni. Malas nak berrebut-rebut. Cam hape je kan. Biar lambat sket asalkan selamat. Sampai jek kat resort, ada staff resort ni nyanyi-nyanyi sambil tepuk-tepuk tangan mengalu-alukan kedatangan kami. Lepas daftar, amik kunci terus check in. Pastu nak ready ade game telematch. Telematch saya dengan hubby menang 1st prize tarik upih tau. Huhuhu. Maknanyee saya kurus la kan. Hahahaha. Perasan la ko fara! Nasib jek tu. :P Lepas telematch, ada ade game polo air. Tapi disebabkan Ahmad ni takut pulak dengan air, tak jadi la aku join polo air ni. Lastly balik bilik jek merehatkan diri before tunggu dinner malam nanti. Balik bilik, terus mandikan Ahmad. Rupa-rupanya Ahmad ni champion bilik air jek. Bukan main dalam bilik mandi tak takut air pulak. Geram jek mama!

Malam dinner kami sampai lewat sikit. Sampai jek sume dah start makan. Ahmad pulak meragam sikit sebab dia mengantuk. Tido masa mama ngan papa tengah siap-siap. Dapat tido kejap jek. Maybe rasa tak puas tido la tu. Meragam jek. Nak mentekedarah pon tak senang. Tapi bila dapat berjalan bukan main taknak mama pegang tangan. Nak berjalan sendiri. Adoi memang penat. Mama tak dapat nak menyumbangkan lagu malam tu. Tapi yg bestnya mama dapat claim 1st prize dengan cabutan bertuah. Papa pulak dapat hadiah musical chair. Sebenarnye banyak lagi hadiah sebab aku join telematch petang tu. Best kan. Ahmad pon dapat hadiah jugak. Untuk budak umur setahun ke atas. Tapi ada 2 orang jek budak umur setahun ke atas. So takde pesaing la untuk prize baby tercomel. Lepas claim hadiah trus balik bilik. Layan tido sebab kepenatan dari petang tadi tak habis lagi.

Ahmad tido nyenyak antara papa ngan mama dengan aircond yg sejuk. Tapi aku tak dapat tido lama sebab pepagi dah kena bangun plak nak join aerobik. Lastly tak dapat gak join aerobik tu sebab Ahmad asek la nak berkepit ngan mama. Tensi mak tau! Lepas aerobik ada breakfast disediakan. Lepas breakfast tu kami jalan-jalan amik angin pagi kat pantai. Ahmad ni takut jugak ngan air pantai. So kami jalan-jalan kat pasir je la sebelum volley ball pantai start. Aku join gak volley ball pantai ni. Sib baik Ahmad dah bole lepas kena rasuah dengan coklat wafer papa bagi. hahaha. Tak menang pon, dapat no.4. Tapi dapat hadiah tau. huhuhu. I loikeee! Dapat wallet. Cantik jugak la. :) Lepas volley ball pantai kami siap-siap nak island tour pulak naik van. Masa ni nak cepat sebab lepas volley ball aku terhegeh-hegeh tgk hadiah sampai terlupa masa nak g island tour lagi berapa minit jek lagi. Balik bilik, tak mandi trus siap-siap naik van. Susu Ahmad pon tak sempat buat. Dalam van Ahmad dah meragam nak nenen die ngan nak tido balik sebab pagi dia bangun awal. Haishhh. Papa terpaksa la cover mama bagi Ahmad nenen. Die tido jugak la kejap dalam van tu. Lepas island tour, kami terkejar pulak masa nak mandi dengan bersiap nak check out balik. Sib baik bawak barang tak banyak sangat. Yang terlebih tu hadiah aje.

Sampai kat jeti teluk dalam kami naik feri ke jeti lumut pulak. Sampai kat jeti lumut nasib baik la bas memang dah ada menunggu. yeay! Naik bas aku ngan Ahmad terus lepak tido. Aku tido ni sampai ternganga-nganga mulot. Sib baik aku jek yg perasan. Sebab aku org pertama naik bas yang lain sume sibuk shopping kat lumut tu. Kami diberi masa sejam utk shopping. Hubby pon konon shopping kat lumut tu. Skali tengok beli air ngan asam jek. Cheh! Hubby cakap nanti kita plan makan kat RnR la. Aku pon setuju jugak la. Sebab tido lagik best dari makan aku rasa. Hahahaha. Sampai kat RnR mana tah. Aku pon tak ingat, kami makan kat situ jek. Sampai kat Kelana Jaya dalam pukul 9.30 malam. Sampai jek kat kuarters amik kereta balik rumah terus. Tak tunggu dah. Terus tido sebab kepenatan. Aku rasa penat naik bas ni sebab Ahmad yang semakin membesar ni tido pulak atas badan aku. Huh! Sakit-sakit gak badan eh.

Sampai tu je la cite Family Day BCDN ni. Panjang gak aku bercerita sampai dah malas rasa nak menaip ni. Jom layans gambo pulak la. Hehehe. Adios!

IMG00003-20120204-1555IMG00005-20120204-1556

IMG00009-20120204-1839 IMG00008-20120204-1838

IMG00010-20120204-2205 IMG00012-20120204-2206

IMG00014-20120204-2206 IMG00015-20120204-2207

IMG00016-20120205-0839 IMG00017-20120205-0840

IMG00019-20120205-0842 IMG00018-20120205-0840

IMG00020-20120205-0842 IMG00021-20120205-0843

IMG00022-20120205-1041 IMG00023-20120205-1041

IMG00025-20120205-1111 IMG00026-20120205-1112

IMG00031-20120205-1113 IMG00033-20120205-1114

IMG00035-20120205-1129 IMG00037-20120205-1132

IMG00039-20120205-1150 IMG00040-20120205-1200

p/s : Next Family day pegi mana la pulak kan?? Tunggu pulak tahun depan!