PERTUKARAN KE STATE LAGI ??


En. Hubby dah abes bon *tak tau betul ke tak ejaannya nih* dengan kilang tempat beliau keje sekarang.  2 tahun jek.  Hubby ade cakap yang beliau nak cari keje lain.  Lepas abes belajar ni nak demand gaji tinggi sikit dari yang sekarang ni.  Tapi nak cari tempat kerja di tempat yang taraf hidupnya rendah.  Contohnya macam dekat kampung-kampung.  Beliau dah usha usha tempat yang sesuai, iaitu balik ke kampung beliau sendiri di Bahau.  Ade satu kilang simen, kemungkinan peluang dapat tu cerah la.  Kalau dapat tu memang konpem aku pon kena tukar tempat kerja lagi la kan.  Kali ni pindah ke state yang lagik kecik.  Huhuhuhu…


Yang menjadi kemusykilan aku, ade ke kekosongan PA kat Bahau tu?  Ade ke ape-ape Jabatan kat sana?  Ke aku kena cari kekosongan di Kuala Pilah atau Seremban?  Agak jauh la kan kalau aku menetap kat Bahau.  Sesungguhnya amat memeningkan kepala bila aku pikir menda ni semua.  Pindah dari wilayah ni memang satu peluang yang aku tunggu-tunggu.  Aku takde hati dah kat sini.  Selagi ada anasir jahat yang aku tak suka ni masih ada depan mata aku hari-hari.  Menyampah!  Hanya aku malas nak call JPA tanya kekosongan, buat surat dan menunggu serta buat follow up kalau takde pape feedback.  Malas nak buat semua tu.  Kalau lah ade kabel besar kat JPA pasti aku tak perlu bersusah payah sebegitu kan.  Hanya call dah buat request je.  Pastu dapat jawapan, terus dapat tukar.  Tinggal dengan senang hatinya pergi kat tempat baru yang kena tukar tu.  Berangan lah kan!  Takde ape yang senang kat dunia ni.  Sumenya kena bersusah-susah dulu, senang-senang kemudian.  Usaha tu perlu.  Bak kata pepatah There’s no elevator to succeed.  You have to take stairs to get it and Success doesn't come to you, you must go out and get it


Tapi aku sayang nak tinggal kuarters kastam wilayah ni.  Aku suka suasana rumahnya.  Selesa.  Sebenarnya aku memang dah selesa kat wilayah ni.  Cuma nak cari keselesaan yang lebih dari segi pendapatan *hubby aku cakap la* sebab nak tambah ahli keluarga.  Aku ikut je la.  I love babiesSo aku tak kisah kalau nak tambah baby lagik.  Dan…  blah dari tengok muka yang menyampahkan kat opis ni.  Ape pun aku cuma merancang aje la.  Serahkan pada Allah SWT yang akan menentukan.  Kalau yang ditentukan tu baik untuk masa depan kami sekeluarga aku bersyukur alhamdullilah.  Kalau sebaliknya aku bersyukur dan redha jugak.  Mungkin ia adalah satu dugaan untuk menguji kami sekeluarga. 


Secara kesimpulannya, lepas ni ape ape pun yang ditentukan Allah tu aku terima dengan redha dan hati yang terbuka.  Terima dengan fikiran yang positif.  Berusaha dan bertabahlah! 

p/s  : State kecik tak semestinya tak best kan.  Redah jek la!


Comments

  1. ala..baru berangan2 nk kembali togeder2 kt putrajaya...uhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saye pon berangan juge nak togeder2 kat putrajaya tu...nampaknya tinggal angan2 jek!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

. pentingkan diri ke? .

. BENGANG .

. anak buah .