Pages

May 15, 2012

Bankrupcy


Takut tak bila baca tajuk enri ini? Hehehe… Aku yang nak taip pon agak seram jugak.  Hahahahahha… Saje nak kongsi pengalaman dengan korang.  Aku ni dah penah ade status bankrupcy tau tak.  Sumenya berpunca dari kereta yang tak berbayo.  Aku ni seorang yang baik hati.  Bukan sebab aku jadi penjamin, tapi aku yang jadi tukang loan kereta tu.  Baik sangat.  Mungkin bila ada hubungan seperti air dicincang takkan putus, tapi diambil kesempatan pulak.  Nak buat cemana?  Nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak.  Akhirnya aku saje lah memendam rase.  *sedih ni*


Bila korang dah ada status bankrupcy *kira baru notis bankrupcy aje* walaupon korang belum di bankrupt kan korang memang akan mengalami masalah.  Kira kemudahan korang especially kemudahan pinjaman akan terjejas.  Kalau nak buat pinjaman perumahan tu, kalau yang keje gomen still boleh pinjam lagi la.  Tapi kalau korang yang keje swasta ni konpem application korang tu akan di reject!  Begitu jugak dengan pinjaman peribadi.  Jangan la harap nak cepat lulus atau berjalan dengan lancar jek.  Pasti korang akan tunggu hingga berbulan-bulan lamanya.  Ni pengalaman aku nih!  Bila status kewangan korang tak jelas bank akan tangguh dan tangguh sampai jelas.  Dan itu akan memakan masa sampai korang dah fed up nak tunggu.  Sampai korang rasa dah taknak dah buat loan.  Nak mintak balik sume application korang tu. 


So moral of the story, tak payah la nak jadik tukang loan hatta si penjamin sekalipon kat kengkawan, sedara mara atau adik beradik.  Apa lagi kalau orang yang kite tak kenal or tak berapa rapat.  Aku penah ade kawan baik nak mintak aku loan kan untuk pinjaman peribadi die.  Nasib baik aku tak buat loan tu untuk dia.  Kalau tak memang bertambah la sengsara aku ni.  Sekarang pon aku dah putus kawan dengan dia.  Pengajaran ni.  So kalau ade kengkawan nak mintak tolong buat loan atau jadik penjamin, terus menolak.  Kemudian hari ape nak jadik ko takkan tau kan.  Kalau nak jadik jugak, anda cuba, anda sengsara.  Hahahaha…  Dah cam slogan Anti Dadah pulak.  Kalau nak jadik jugak korang pikir la betul-betul 2 3 kali.  Kaji betul-betul.  Tak menyusahkan kita di masa hadapan takpe.  Tapi kalau dah susah dan hidup pon terjejas masa depan korang akan rasa macam-macam rasa.  Sampai tak terluah.  *sedih, marah, sakit ati semua bercampur baur ni*  makan ati beb!  Pendek kata fikirlah untuk diri sendiri sebelum fikir untuk orang lain.  Sebab bila dah susah tu nanti orang lain tak fikir pasal kita, takde sape nak tolong dah.  Kalau jenis lepas tangan, ko ngadap la masalah tu sensorang.  Sebab dah terang-terang nama ko yang atas kertas tu.  Bank nak tolong pon banyak cekadak nak itu ini, masalah itu ini.  Tension jek korang nanti!  So sayangilah diri sendiri.  Hehehe…  Dah macam luahan perasaan aku jugak ni.  Lantak la, janji puas hati aku ni.  Lega jugak rasanya. 

p/s  :  Fikir untuk diri sendiri dulu tau sebelum nak fikir untuk orang lain!  :)


frust ni! comel tak?

No comments:

Post a Comment