Pages

May 14, 2012

ADIK AHMAD

Semalam malam otw balik dari rumah mertua di Bahau, aku dan hubby ade berbincang sikit.  Bincang ape?  Hehehe…  Bincang pasal nak bagi adik pada Ahmad Ishraff.  Hehehe…  Tetiba jek hubby ade cakap sebelum ni;

“Yang, bee nak tambah anak la tahun ni.”

“Yeke?nak bile?” macam excited

“Bulan 6 ni ke.” muka selamba.

OK!” sambil berkira-kira bila due nya nanti.

Tapi bila aku kira-kira balik due tu kira-kira bulan 3 atau 4 tahun depan la kan.  So aku request takmo sama bintang dengan aku.  Takut tak rapat sangat ngan aku nanti.  Tah pape jek aku ni kan?  Entah kenapa aku rasa kalau baby tu kalau sama bintang dengan aku, dia takkan boleh get along atau rapat dengan aku.  Tapi instinct *betul ke eja ni?* aku kuat rasa camtu.  Hubby pon layankan aje la.  Setuju je la tak banyak soal pon.  Hehehe…

Lepas tu aku tanya la hubby bila habis belajar.  Katanya dalam bulan 4 tahun depan.  Itu adalah lagi satu faktor aku takmo beranak bulan 3 or 4 tahun depan.  Nanti kalau dah habis belajar mesti nak konvokesyen kan?  Aku nak ikut hubby punya konvokesyen.  Kalau dah terberanak mesti dalam pantang kan.  Rugi la kalau aku tak dapat ikut saat tu. 

“Kalau camtu nak baby bulan berapa ni?”

“Tak kisah bebila.  Sama dengan babah pon takpe.  Mama dah tau nak handle cemana.  hik hik hik…” gelak gedik.

“Ujung tahun lagi?” macam confuse.

“Tak kisah la babah.  Buat lepas raya pon ok.”

Tiba-tiba aku rasa  kami berkira-kira untuk tambah anak.  Sebenarnya bukanlah berkira tapi merancang.  Kalau boleh biarlah teratur, berjalan dengan lancar dan kena pada masanya.  Seriously kami merancang sendiri untuk tambah anak dan bila waktu sesuai untuk aku mengandung.  Aku tak makan apa-apa ubat atau perancang bantuan daripada doktor.  Biarlah terjadi secara sendiri.  Apa-apa pon jalan hidup kita ni mesti kena ada perancangan.  Walaupon kami merancang, tapi tetap Allah yang akan tentukan ye tak??  So kami serahkan pada yang Esa untuk tentukan hidup kami melalui rancangan yang kami buat ni.  Insya Allah.  
Aku sangat excited untuk bagi Ahmad Ishraff adik.  Dalam masa yang sama pon ada rasa kesian kat Ahmad.  Mesti dah tak dapat manja-manja lagik dengan mama.  Tapi babah Ahmad dah ready nak layan Ahmad bila mama sibuk layan adik dia nanti. 

“Ahmad boleh kawan dengan babah!”

Lega jugak dengar babah cakap macam tu.  Tengoklah macam mana perancangan kami ni.  Semuga diperkenan dan diredhai Allah.  Ape pon mama tetap sayang Ahmad sampai bila-bila.  Ahmad the best n precious give ever daripada Allah untuk menceriakan hidup mama ngan babah lepas kahwin.  *macam dah bergenang dan berkaca mata aku bila taip ni*  Mama n babah love u forever sayang!! mwahss!!

p/s  :  Kalau perempuan Nur Marissa.  Kalau lelaki Ahmad Dani.  Dah ready nama dah.  Huhuhuhu…  :)

No comments:

Post a Comment