Waktu Rehat Di Hari Jumaat

Ni cite minggu lepas. Hahaha. Waktu rehat hari Jumaat kan lama. So planning nak pegi Subang jumpa kak Linda. Sekali kereta aku prob pulak. En. Hubby plak tak bagi pegi. Takut kereta rosak tengah jalan. Nanti aku tepon en.hubby nangis-nangis. Kalau jadik camtu memang mintak kena marah je la kan. So aku lupekan je la niat aku tu. Sorry to Kak Linda. Tah bila dapat jumpe kan.

Bila planning aku tu tak jadik, aku pon meneruskan niat untuk balik rumah la cam biase. Memula tu ingat nak tido jek mengisi masa yang lama tu. Tapi bila tengok keadaan rumah yang boleh kate cam rumah tinggal tu, aku pon start la mengemas. Aku ni ade satu perangai. Kalau dah start mengemas memang tak bole nak berenti. Lepas mengemas rumah (tu pon tak abis mengemas lagik tu) aku pon nak rilek kejap la sebelum nak siap-siap ready masuk opis plak. Tetibe lapo melanda. Teringat plak Magnum Classic aku beli kat Giant ari tu. Hehehe. Reward diri sendiri selepas penat mengemas. Mmmmm sedapppp!

IMG00071-20120309-1332

IMG00072-20120309-1333

IMG00073-20120309-1334

Wahhh teringin nak makan lagi plak tengok gambo Magnum Classic nih! Hehehe. Pas makan ni aku baring-baring jap. Terlelap pulak tu. Pastu padan muka aku. Bangun tengok jam pukul 2.16petang. Dah lambat! Sampai-sampai opis, sib baik bos tak tanye pape. :)

p/s : Nanti nak try Magnum yg lelain plak la. Asek makan classic ni je.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

. pentingkan diri ke? .

. BENGANG .

RINDU TILAM DAN BANTAL