Air Tangan Suami

Kat sini nak cite la. Suami saya ni rajin memasak sejak dua menjak ni. Tatau la kenapa. Weekend lepas beliau telah merajinkan dirinya untuk masak. Selera nak makan ikan masak stim. Jumaat malam tu kami pegi Giant beli ikan siakap. Tapi beli sekor je la. Sebab rice cooker kecik je. Alasan beliau ialah nak bagi Ahmad Ishraff makan. Hehehe. Suke ati beliau laaa.

Pagi ahad yang indah, beliau bangun tido dengan semangatnya terus nak masak. (Bangun pon pukul 10 pagi. Pagi la sangat) Tapi bahan-bahan nak peram takde. Haishh! Kena la pegi Giant lagik. Kiteorang pegi Giant kecik je yang berdekatan dengan rumah. Jimat masa dan cepat. Hehehe. Dah beli bahan nak peram beliau pon start la siapkan bahan-bahan seperti di dalam resepi yang adik ipar saya cari dalam internet. Huhuhu. Saya biarkan aje. Tolong sikit-sikit sudahh. Hahaha. Lastly siap dan sedia di makan dekat pukul 2 petang agaknya. Sedappp! Saya suka! Ahmad Ishraff pon suka. Berjaya beliau memasak Ikan Siakap masak stim. Well Done! Jom tengok hasilnya.

IMG00079-20120311-1213



Okeh, ni takde kena mengena ngan entri ini. Selingan saje. Nak tepek gak gambo budak ni. Rambut depan dah kena kerat ngan baba die lepas makan nasik. Ade kena mengena la jugak kan? hahaha.

IMG00080-20120311-1221


p/s : Pasni memang saya akan memaksa beliau masak berjenis-jenis Ikan untuk dimasak stim. Saya suke! :P

Comments

Popular posts from this blog

. pentingkan diri ke? .

. BENGANG .

RINDU TILAM DAN BANTAL