Pages

Jan 19, 2012

Scotts Emulsion

scotts emulsion

Tengah jalan-jalan kat Giant Hypermarket, Kelana Jaya dengan hubby n Ahmad Ishraff lalu depan Guardian Pharmacy. Tetibe teringat mama ada pesan kat aku suh bagi Ishraff makan Scotts Emulsion. Kata mama menda ni bagus untuk kesihatan budak. Dapat bina ketahanan diri daripada sakit contoh untuk selesema dan batuk. So aku decide singgah Guardian Pharmacy kejap nak cari dan beli la jugak.

Mula-mula nak beli yang berperisa oren. Sebab masa aku kecik-kecik dulu mama ada la bg aku makan menda ni. Yang kaler putih, rasa die original. Tapi rasa die memang tak boleh blah laa. Pastu berbau hanyir. Kata minyak ikan kod. So decide amik perisa oren la. Hubby plak suruh beli la yang original sebab ada DHA, perisa oren tak ada DHA. Aku fikir-fikir balik, betul jugak. Macam original lagik bagus jek. Cuma rasa die tak brape sedap. Lastly decide beli yang original. Bedal la anak aku suka ke tak. Try dulu la.

Habis shopping, trus balik rumah. Tak tukar baju terus je bukak Scotts Emulsion tu nak try bagi kat Ishraff. Baca arahan kat kotak tu, 1-3 tahun kena bagi 2 sudu teh, sehari sekali. Maknanye sudu kecik la. Terus bagi dua suap. Ishraff rilek jek makan. Takde la muntah or die luahkan balik. Yess! Alhamdulillah die boleh terima.

Masuk hari esoknya, aku try bagi lagi. Malam lepas die bangun tido dalam pukul 8 malam tu. Sebab die tdo dari petang pukul 6. Aku terus bagi die makan menda tu. Sudu yang pertama die makan jugak la. Tapi muka berkerut. Dah rasa tak sedap lah tu. Aku saspen ni nak bagi sudu yang kedua. Confirm sudu yang kedua die dah lari. Maybe dia dah rasa betul-betul tak sedap kot. Aku pujuk jugak try bagi dia makan. Aku cakap “ Ni last2…pasni mama tak bagi lagik.” Die bukak mulut makan. Tapi muka berkerut jugak. Yelah tak sedap okeh! Hehehe. Hari-hari seterusnya, kalau nampak aku tuang Scotts Emulsion dalam sudu, dia dah tau dah yang dia kena makan menda tu. Memang berlari la satu umah aku mengejar dia. Adoii! Tapi yang ok nye bile suap paksa dalam mulut die terus telan. Tak pernah lagi die luahkan balik. Hehehe.

Aku ada baca info pasal Scotts Emulsion ni. Kesan dia untuk masa panjang. Memang dia akan susah la untuk dapat sakit selsema atau batuk. So jimat duit tak payah la selalu ke klinik untuk beli ubat dan check je dah menjangkau RM70 sekali pegi. Sekarang ni baru masuk seminggu Ahmad Ishraff makan Scotts Emulsion nih. Sebelum makan menda ni. Ahmad Ishraff ada selesema, hingus meleleh-leleh. Lepas makan tu tengok elok je hingus die kering. Alhamdulillah.

p/s : Rasa nak tukar susu dia jugak laa…Dugro Vege (Susu Dumex) ni ok ke tak eh??

Dugro Fruit & Vege

2 comments:

  1. masa2 kecik2 mmg makan benda tu pun..huhuh mesti kiut kejar satu rumah...hiks

    ReplyDelete
  2. haah weh...penat dah nak kejar skang...baru je dapat kaki...taknak dukong dah...nak jalan sendiri!

    ReplyDelete