Pages

Jan 31, 2012

PORT DICKSON

Heloo2. Last week on Chinese New Year kami sekeluarga pegi Port Dickson. Bersama-sama pak dan mak mertua aku, mak long, adik-adik ipar dan anak-anak buah. Kebetulan birthday pak mertua on 22nd tu. Celebrate dengan mandi manda. huhuhu. Cakap pasal PD, memang memori la PD ni pada aku. Banyak sangat kenangan terindah aku dengan mr.hubby. Kata semuanya bermula kat PD since kami berkawan, bercinta, bertunang sampailah bernikah. Suka, duka, susah senang sume bersama. Ok enuff la pasal kenangan aku ngan mr.hubby aku ni. Kang melalut-lalut plak. Ade yang muntah hijau nanti. hahahaha.

On that day memang perjalanan dari Bahau tu lancar jek. Sesampai nak masuk ke PD jalan nak ke Teluk Kemang tu, jem gila. Ramai betul yang datang Teluk Kemang tu nak berpiknik cam kami jugak. Haihh. Jem betullah! Last-last plan pegi Felda Residence. Bukan nak pegi menginap sana. Nak pegi pantai belakang Felda Residence tu je. Hahahaha. Kat situ memang tak ramai orang. Tapi yang tak bestnya nak parking kena bayar 20 hengget. Mahal kan. Kami bukannye sewa kat situ. So terpaksa la parking jauh skit luar dari kawasan Felda Residence tu. Yeayy! Dah nampak pantai. Excited okeh! Lama dah tak mandi pantai ni. Malangnya aku dah plan dari sebelum bertolak tadi takmo mandi. Rugilah aku. Bila dah tengok pantai dah rasa nak mandi. Apakan daya? Baju seluar sume tak bawak. Konon-konon pon taknak bagi Ahmad Ishraff mandi. Last-last die pon termandi jugak. Baba dia la yang bawak. Nak cecah kaki jek kat air. Sekali tengah nak duduk kat air tu boleh pulak baba die tergolek dalam air. Ahmad pon jatuh sama. Tu yang termandi jugak tu. Sib baik mama memang spare baju die.

Lama jugak kami melepak kat situ. Aku duduk je melayan perasaan lepas mak long, pak dengan mak mertua aku nak pegi solat. Ahmad Ishraff takmo mandi dah. Takut sampai menangis2. Fobia sebab jatuh dalam air tadi. Pijak air pon nangis. Sabo je la. Tengah duduk duduk tu nampak la diorang ni suka ria mandi manda dengan laki aku sekali. Seronok ko ye. Aku gak yang jeles! Aku jaga anak buah aku leesya ngan Ahmad Ishraff. Pastu nampak la anak buah aku lagik sorang ni. Hakeem tengah main pasir. Aku pon layan perasaan lagi. Tak lama lepas tu mak long, pak ngan mak mertua aku pon balik. Lama jugak diorang pegi solat. Rupanya sempat jugak pegi bershopping. Beli kuih-kuih dengan air. Takut kami lapo katanya. Time kasih pak ngan mak mertua! Huhuhuhu. Tiba-tiba dengar mak mertua aku nih terjerit-jerit tanya mana Hakeem. Muka dia berubah macam nak nangis. Muka pucat ketakutan. Rupanya Hakeem ilang. Aku pon tak perasan dia kemana. Rasa macam baru sekejap tadi nampak die kat depan aku tgh main pasir. Tapi aku ingat die pegi mandi laut la dengan pakcik ngan makciknye. Diorang pon kate takde. Memang kami semua menggelabah. Sume pegi cari sampai ke hujung pantai. Dalam hati memang takut la kalau-kalau terlemas ke. Rasa macam darah turun ke kaki. Dalam kekalutan, ketakutan dan cemas ni tetibe nampak bayang budak kecik berlari- dari jauh. Terus dengar mak mertua aku jerit. “Hakeem! Hakeem pegi mana??!!” nada suara menangis. Aku tgk Hakeem pon menangis. Tah la. Dia kata tak jumpa kat mana tempat kami lepak tadi. Nampak adik die Leesya jalan sampai ujung pantai. Die pon ikut, sekali tengok bukan Leesya. Haihhh. Budak ini memang buat jantung kami terhenti sekejap. Hehehe. Nasib la jumpa. Selamat. Sebenarnya kami ni bertanggungjawab untuk tengok Hakeem ngan Leesya. Ummi ngan Abah die tak ikot. Bz pindah rumah. Sangat mencemaskan. Apa-apa pon dah selamat. Kami sambung makan kuih. Hakeem boleh sambung mandi pantai lagi ngan pakcik ngan makciknye. Hehehe. Sabo je la.

Dah petang, matahari pon dah nak terbenam, masing-masing pon dah penat kami semua nak balik. Lepas diorang sume mandi bersih-bersih, kemas-kemas barang naik keta trus chow. Kepala aku dah ingat rumah jek. Badan melengas, melekit. Rasa nak mandi bersih-bersih jugak. Aku pon rasa penat sampai tido ternganga-nganga dalam kereta. Hahahaha! Ok jom layan gambo Ahmad Ishraff main pasir ngan mr.hubby dan adik-adik ipar aku tengah mandi manda. Jeles okeh!

IMG00817-20120122-1531

IMG00818-20120122-1532

IMG00819-20120122-1615

IMG00820-20120122-1615

IMG00821-20120122-1615 DSCN0202

DSCN0203

DSCN0185

p/s : Pengajaran, kena jaga anak-anak kita, jangan sampai terlepas pandang! Nanti nangis tak berlagu. Huhuhuhuhu. :)

No comments:

Post a Comment