Pagi Jumaat

Assalamualaikum. Salam Jumaat.

Saya terpanggil untuk membuat entri ni bila saya baca status sahabat di dalam FACEBOOK. Saya cuma menyatakan pendapat saya. Statusnya berbunyi begini ;

“…Cheers up and hope all of us got a bless from HIM.”

Pada pendapat saya, ‘HIM’ di dalam Bahasa Malaysia bermaksud ‘DIA’ (merujuk kepada lelaki). Sepengetahuan saya ketika belajar di sekolah agama (mata pelajaran Tauhid) ketika kecil dulu, sifat-sifat Allah itu esa, tunggal, satu, tidak beranak, tidak pulak diberanakkan, maka tiada jantina lelaki atau perempuan.

Jika status sahabat saya sedemikian maka ia boleh mendatangkan salah faham kepada orang yang membacanya, terutama mereka yang bukan beragama Islam.

Saya berpendapat lebih lah elok kiranya ditulis perkataan ALLAH berbanding HIM. HIM akan merujuk kepada tuhan agama lain selain ALLAH. Betul tak kawan-kawan??

Hehehe…ini hanyalah satu pandangan saya yang jahil. Tidak lah begitu arif tentang agama. Tidak berniat menyinggung sesiapa. Peace! :)

p/s : Kenyang baru lepas makan laksa penang. hehehe. Alhamdulillah. :)

Comments

  1. pada aku la, tak salah pun dia guna perkataan HIM tu. HIM tu merujuk kepada Allah, takde salahnya pun. Bila kita percaya Allah tu satu, tuhan tu satu..kenapa nak rasa sebut HIM merujuk kepada tuhan lain? Tu menunjukkan kita percaya yanga danya tuhan lain selain Allah.. aku susah nak terangkan cemana tapi jap..jap aku bg link satu blog..ko bace.. tajuk macam takde kena mengena ngan entry ni tapi ade la sikit sangkut paut..maybe bley paham ape yg aku cuba sampaikan.. no offend..just my 2 cent :)

    takde masalah dengan bahasa sebab ALlah paham semua bahasa...

    http://keretamayat.blogspot.com/2011/02/salam-atau-akum-solat-atau-sembahyang.html

    ReplyDelete
  2. Ok aku dah baca..betol jugak tu...aku setuju...
    tapi memula tu aku just berpendapat kalau orang bukan islam la baca...macam kite yang menaip tu tau la kite refer to Allah...but its ok then...janji Allah tau niat kitre tu udah la kan...yang lain tu lantak pi la kan...thnx cujen anyway... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

. pentingkan diri ke? .

. BENGANG .

RINDU TILAM DAN BANTAL