Pages

Jan 10, 2012

Arrrghhh!

Tajuk entri dah cukup menggambarkan yang aku tengah tensi. Hari ni hari tensi sedunia aku. Kalau aku yang kena buat sume keje yang ko sepatutnya buat. Baik ko bagi jek pangkat dengan gaji ko yang baru jek naik sampai 30% tu pada aku. Aku tau la lagi 2 tahun jek lagi ko dah nak pencen. Tapi tak bermakna lagi 2 tahun tu ko boleh rilek2 taknak buat keje. 2 tahun tu pada aku masih satu jangka masa yang panjang lagi. So kerajaan dah bagi gaji. Time ni lah ko berkhidmat untuk negara sehabis mungkin sebelum ko nak bersara ok! Kalau aku ni tau or pakar nak buat keje-keje ko takpe gak. Sekali dua kali aku boleh tahan lagi. Kira aku belajar. Tapi kalau setiap kali. Enak la ko takde keje. Aku ni boleh bertolak ansur. At least bantu la aku or kite buat keje tu same-same. Ni 100% aku yang nak kena buat, nak kena cari. Terkulat-kulat aku nak menjawab soalan yang aku mmg tak boleh nak jawab. Bila aku tak boleh nak jawab. Ko dah buat aku malu. Bila aku dah malu. Aku mula rasa nak bengang kat ko. Nak marah, ko orang tua. So aku masih menjaga batas-batas aku. Menghormati yang lebih tua.

Jam 4.57 petang. Tetibe ade pegawai lain tgh cakap pasal keje yang ko suruh aku buat pagi tadi. WTH?? Ko dah suruh org lain buat, pastu ko suruh aku buat lagi kenapa?? Memang mendatangkan marah ni! Aku tak tau ape motif ko. Dah petang-petang ni. Aku pon dah takde mood. Pegi lantak ko lah!

p/s : Aku nak balik! kbai! grrr.. =='

1 comment: