Pages

Jul 6, 2010

TIPS MENGURANGKAN RASA TIDAK SELESA SAAT HAMIL

Saat melalui kehamilan, pelbagai jenis ketidakselesaan akan anda alami. Ikuti pandangan Dr. rasliza ramli dari Pusat Perubatan KPJ Kajang agar kehamilan yang menyenangkan dapat dinikmati.

Masalah 1:
Mual atau muntah.

Punca:
Ketidakselesaan terjadi akibat kehadiran hormon beta HCG yang bertindak balas pada bahagian otak. Kebanyakan kehamilan mengalami masalah ini di antara minggu ke-8 hinggake-12. Namun, ada yang berlarutan sehingga minggu ke-20.

Cara Mengatasi :
1. Makan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit. - kadang2 aku takut nak makan sebab takut muntah balik.
2. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak.
3. Makan lebih buah-buahan yang tinggi potassium seperti anggur dan pisang atau minum air kelapa.
4. Elak minuman berkarbonat dan berkafein kerana ia boleh menambahkan rasa loya.
5. Jangan ambil jeruk atau asam sebab ia mengandungi banyak asid, garam, perisa dan pewarna tiruan.
6. Jika berterusan perlu ambil ubat tahan muntah seperti Maxalon atau Ancoloxin.

Masalah 2:
Sembelit atau kembung perut.

Punca:
Masalah ini kerap berlaku di awal kandungan akibat peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan peristalsis usus menjadi perlahan. Oleh kerana itu jugalah angin di dalam badan sukar dikeluarkan.

Cara Mengatasi :
1. Minum air mencukupi minimum 6 - 8 gelas sehari. - memang tak buat sebab cam susah nak telan air masak sebab takde rase.
2. Ambil serat mencukupi terutamanya sayuran yang berdaun hijau.
3. Elakkan sayuran berkacang kerana ia boleh menghasilkan gas di dalam usus.

Masalah 3:
Sakit belakang atau pinggang.

Punca:
Berlaku akibat penyesuaian badan dan tulang belakang terhadap perubahan pusat graviti tubuh. Selain itu, ligamen yang makin meregang menambahkan lagi kesakitan.

Cara mengatasi:
1. Menjaga posisi tubuh ketika duduk, berjalan dan berdiri. - tak penah amek kisah.
2. Menggunakan kaedah yang sesuai ketika mengangkat sesuatu barangan yang berat. - aku tak angkat benda berat2 nih.
3. Lakukan urutan yang perlahan di bahagian bermasalah.

Masalah 4:
Pedih ulu hati.

Punca:
Kehamilan menyebabkan asid di dalam perut lebih banyak daripada biasa. Keadaan rahim yang makin membesar menekan perut memenuhkan rongga abdomen, menekan asid perut kembali ke esofagus membuatkan rasa pedih di dada. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progesteron yang meningkat. Oleh kerana hormon ini mengembang, melonggarkan dan meregangkan otot, jadi asid mudah naik ke esofagus.

Cara mengatasi:
1. Tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan malam.
2. Keadaan tidur perlulah dalam separa duduk dan bukannya menelentang.
3. Jika berlanjutan, perlu ambil antasid untuk melegakannya. - ada abg ipar bagi. tapi aku takut nak makan.

p/s : Untuk note aku. Yang aku highlight tu selalu aku buat dan patot di teruskan. Yang aku highlight tak patot aku buat n kena stop. Melalui artikel nih baru la aku tau ape yang patot dilakukan. Nih aku baca kat Pa&Ma. Credit to them. Bagi tips yang berguna.

1 comment: