Penyamun !!

24 Julai 2010, Jam 2120 Malam


Aku sampai ke rumah daripada Bahau. Bukak pintu cam biase. Tapi terkejut beruknye aku rumah aku berselerak. Aku fikir balik samada aku tinggalkan rumah berselerak ke tak eh?? Macam tak. 2 kali aku patah balik ke rumah tinggal barang yang aku beli kat hardware sebelum aku gerak balik ke Bahau. Konpem la rumah aku kena masuk penyamun nih! Aku panggil laki aku naik rumah cepat die boleh terkedek kedek lagik kat bawah rumah tu. Haihhh. So kami checking satu rumah. Takde kesan masuk la. Takde kesan pintu di ompil, di pecah, grill pon aku bukak cam biase tadik takde pulak kena potong. Hebat penyamun nih! Memang rumah aku takde lobang ke ape yang boleh orang masuk. Kalau ade lobang pon lipas lepas ar. Ke penyamun nih pakai ilmu? Aku cool je dulu. Tak la panik. Laki aku yang panik gile sebab laptop kesayangan die dah ilang. Aku pon terkilan jugak. Tapi die lagi la rasa terkilan. Sebab die tak dapat nak main poker. Hihihi. Bukan ape laptop tu baru sangat beli. Tak sampai sebulan lagik. Beli pon sebab die yang nak sangat. Huh! Bilik aku lagik teruk. Habis baju-baju aku die selerak kan. Tilam aku die selak. Kotak kotak aku yang penyamun tu sangka ada barang kemas die bongkar. Siap bawak pegi ruang tamu checking satu satu. Aku rasa penyamun tuh duduk lama dalam rumah aku. Sume dokumen dokumen rumah aku die belek. Nak cari geran tanah ke hape? Isk bengang pulak rasenye.





Malam tu jugak aku terus keluar pegi buat report polis. Tapi sebelum tu aku pegi jumpe pak guard dulu. Nih lagik satu aku bengang! Guard tu tak tau ape ape. Cis! Mesti kau tak berkawal sebenarnye. Mane taknye aku sampai kat pondok guard dalam pukul 10 ade sorang guard tuh boleh nak tido best punye! Memang nak kena report guard nih! Atas pemerhatian aku selama aku stay perumahan nih aku tengok diorang nih tak berkawal dengan ketat. Suka hati jek sesape yang nak masuk. Tak check dulu pon orang luar ke orang dalam. Aku bercadang nak tuntut ganti rugi kat syarikat keselamatan nih. Ada guard pon tak guna! Buang duit jek kastam bayar korang! huh! Emosi nih. Dengan perasaan bengang aku pon blah pegi balai polis yang terdekat. Sesampai je kat balai polis. Nak masuk pon aku tengok balai polis nih punya sign board tu takde lampu. Cam idup segan mati pon tak mau. Haihh. Setelah buat report dan bercakap dengan Sarjan Nizam beliau mengarahkan budak die datang rumah aku untuk ambil gambar sahaja. Ambil gambar sahaja okay! Takde check cap jari tu. Cam CSI buat tuh. Takde okay! Mase rumah sewa aku kena pecah masuk kat putrajaya pon ade check cap jari tu tau. Hampeh jek polis nih. Aku pon malas la tanye. Sebab diorang pon sememangnya pemalas! Memang konpem barang barang aku pon bukan boleh dapat balik. Biar kan je la. Malam aku tido tapi aku ngan laki aku jadi tak bercakap. Terdiam sampai la kami tertido. Esok keje kan.






Esoknya aku bangun cam biase. Tapi bangun lewat sikit. Cam takde mood nak pegi keje. Tapi aku bagi jugak mood tu datang untuk pegi keje. Seperti biase laki aku akan pegi keje dulu. Dah salam cium tangan dia, tetiba nak ambil helmet dengan sweater tak jumpe. Konpem la kena rembat jugak ngan penyamun nih. Muka frust laki aku nampak sangat. Disebabkan dah lambat aku cadangkan laki aku tak payah la pegi keje. Boleh la uruskan ape yang patut. Aku pegi keje cam biasa sebab cuti aku tak banyak dah. So aku tulis buku je la keluar waktu bekerja. Aku balik rumah kemas rumah yang bersepah tak habis kemas semalam. Masa kemas kemas tu baru la perasan ape yang hilang. Blender, gunting besi, dvd player, loket emas, handbag baru yang belum pakai (sib baik murah), iron baru lam kotak (hadiah kawen), beg balik kampung dengan sarung bantal aku (tu pon nak amek) semua tuh die rembat. Mungkin dia nak memulakan hidup baru. Haihh. Nasib baik jugak aku takde simpan duit dalam rumah. Kalau tak berjimba la penyamun penyamun tu. Laki aku pulak petang tu terus pasang langsir dan rel tingkap yang kiteorang beli mase sehari sebelum kejadian kot. Dia cakap boleh melupakan ape yang dah terjadi. Hehehe. Bagus jugak! cantik dah umah aku. Nampak berseri sket.






Sejak kejadian nih berlaku aku jadik semakin berhati hati. Ada guard pon tak boleh harap. So aku buat surat report kepada Pentadbiran Kastam buat aduan dan macam macam komplain. Dengan harapan supaya pengawasan lebih ketat selepas nih. Macam macam aku mintak. Tapi tak tau la dapat ke tak.







p/s : Pengawal Keselamatan tak boleh harap. So harapkan diri sendiri dan keluarga supaya lebih berhati hati untuk keselamatan rumah anda. Hehehe. Cam pesanan
iklan pulak. Bye!

Comments

Popular posts from this blog

. BENGANG .

. pentingkan diri ke? .

. anak buah .