Penyamun lagik !!

Selang beberapa hari je dari hari rumah aku kena masuk penyamun. Hari Rabu lepas 28 Julai 2010 jam 03.00 pagi. Aku tersedar dari tidur sebab rasa panas. Rupa-rupanya kipas tak berpasang. Aku tanya si suami samada die tutup kipas ke? Dia cakap ya. Aku rasa tak sedap hati. Cuba bangun untuk buka kipas semula. Aku tekan suis ke atas dan ke bawah. Tak berfungsi pun. Tak ada elektrik rupanya. Aku nak sambung tidur semula. Tapi mata tak boleh lelap. Hati memang tak sedap. Aku rasa macam ada orang kat luar rumah. Tapi aku takut mainan perasaan je. Sebab takkan penyamun nak datang lagi. Berani betul. Aku tengok suami lena je tidur berdengkur. Aku ada dengar bunyi di luar rumah. Sayup sayup dan tak pasti bunyi apa bersilih dengan bunyi anjing milik cina tanam pokok sebelah blok menyalak dan kemudian senyap. Tapi tak syak apa-apa. Aku cuba sambung tidur. Lena.


Pukul 6.45 pagi aku dan suami bangun serentak. Si suami check blok depan dan blok belakang rumah aku. Elok je lampu terpasang. Memang sah rumah aku je yang takde elektrik dan aku sah jugak yang kabel elektrik kena potong. Suami aku bukak pintu nak check kat luar. Tiba-tiba ada bunyi kaca jatuh depan pintu rumah aku. Rupanya taktik si penyamun letak kaca tingkap diantara tombol pintu dan grill. Supaya bila pintu terbukak kaca tu akan jatuh berderai dan bunyi tu boleh alert si penyamun untuk lari. Tapi aku rasa penyamun tu dah lame blah. Kurang ajar betol penyamun ni. Yang aku tak faham, kabel elektrik yang tak seberapa, selipar dan kasut aku yang murah tu pun nak rembat. Fire extinguisher yang mahal tu taknak pulak die rembat. Kalau jual tu makan beratus jugak la. Nampak sangat gaya macam penagih dadah yang desperate nak beli dadah. Jual ape sahaja asal boleh beli dadah. Dasar penyamun dan penagih!

Aku dan suami terus pegi ke pondok pengawal untuk maklumkan perkara tu. Pengawal seperti biase la tak tahu menahu. Aku balik rumah semula mandi dan bersiap dalam keadaan gelap. Sampai di pejabat aku terus buat surat aduan untuk hantar ke Ketua Bahagian Pentadbiran Kastam. Semua yang aku tak puas hati aku luahkan kat situ. Petang selepas kerja aku balik rumah, kelihatan pengawal meronda sekitar perumahan kastam ni setiap 1 jam. Kabel elektrik pun dah berpasang balik. Lega betul hati aku. Kalau tak aku sangat stress bila terpikirkan yang rumah takde elektrik. Tak perlu lah aku yang buat report sekali lagi di balai polis. Pihak kastam dah buat report.

p/s : Aku nak pasang perangkap setiap kali kami balik ke kampung. Siap kau penyamun!!

Comments

Popular posts from this blog

. pentingkan diri ke? .

. BENGANG .

. anak buah .