Masak Lomak Cili Api

Sejak dua menjak aku memang tak larat nak berjalan n keluar rumah. Hari minggu adalah hari rehat aku. Peliknya bila hari cuti je aku aku tak lah sickness seteruk aku berada dekat office. Adalah muntah-muntah sikit. Suami pon cakap aku ceria je.

Jumaat yang lepas aku PMC. Tak pegi office. Petang Jumaat tu abang ipar dan adik ipar aku datang singgah selepas diorang hadiri taklimat di UM. Aku siap mengemas rumah. Basuh baju dan masak sekali. Ape yang aku masak? Aku cuba untuk pertama kali Masak Lomak Cili Api. Alhamdulillah berjaya. Hehehe. Tak susah pon nak masak ni. So, abg ipar aku tanya samada aku tak mabuk-mabuk ke siap masak sume bagai. Aku cakap tak la. So abg ipar aku buat kesimpulan yang aku ni allergic dengan tempat kerja. Hahahaha! Memang aku tergelak dengar. Tapi setelah pikir-pikir balik aku rasa macam ade betulnya jugak.

Dalam pukul 7pm suami pon pulang dari. Dia pon tak sangka aku boleh masak dan mengemas. Sedangkan sebelum ni aku la makhluk paling pemalas di abad ini. Hehehe. Sume nak harapkan suami yang masak dan mengemas. Lepas makan siap ada dessert lagi. Suami aku ckp hari ni layanan istimewa sikit. Yela istimewa. Sebab ada tetamu. Takkan nak tunjuk yang aku ni pemalas. Hehehe. Eh, tak lah. Sebab aku PMC sebenarnye. So happy la kot sebab tak pegi keje. Hehehe.

Haih. Susah btol la bila penyakit M tu datang. Bak kata Yana "always" hahaha. Jahat kau dik! Aku akan usahakan jugak mood rajin untuk datang. Cian suami aku. Slow-slow ok bee. Ini adalah simptom-simptom ibu mengandung. Hahaha! Takde maknanye. Ada orang kata, alahan ni kadang-kadang boleh berpindah ke suami bila kita dah masuk 4 or 5 bulan. Kalau betol kan bagus! Hehehe. Bagi kat bee sikit. Rasalah pulak ok!

Hari Sabtu aku tak ke mana-mana. Duk rumah layan tv dan tido jek lebih. Eh, ada keluar jugak. Pegi GIANT beli kain n barang-barang rumah. Jenjalan dalam Giant tu sampai kol 10 sampaikan tertinggal kain yang aku beli n tinggal dekat tempat simpanan barang. Suami aku nih sejak-sejak aku ngandung nih die plak yang suke shopping. Shopping barang-barang rumah plak tu. Hmm. Maybe sebab umah aku tuh kosong lagik. Kate baru pindah. Aku memang tak larat nak berjalan la. Lantak la dia.

Hari Ahad aku pegi kenduri kahwin kawan suami. Sampai-sampai kami terus makan. Hehehe. Sebab lapar sgt. Aku pon alas perut jek dekat rumah. Lauk yang disediakan sangat menyelerakan. Sambal Udang Petai, Kari Daging, Dalca dan Ayam goreng. Aku makan dengan seleranya. Bila dah sampai hadnye baru aku rasa makanan tu takde rasa sebenarnye. Terus potong selera aku. Betul la suami cakap makanan yang tak sedap pon jadi sedap bila kita tengah lapar. Tapi aku tak kisah sangat. At least aku dah kenyang. Hehehe. Pastu kami pon terus balik rumah, layan tv. Tetibe aku rasa weekend kami sgt membosankan. Pastu cam biasa la. Isnin kerja seperti biasa. Mood dah ilang ni. Nasib baik suami dah ambik motor. Malam tu aku tinggal kat rumah sorang. Dah malam baru nak pegi ambik motor. Takpe la. Aku pon tak larat nak follow n drive kereta. Dia nak bagi aku bawak kereta pergi kerja supaya aku boleh pergi klinik check up sendiri dan balik rumah bila ada emergency dan keperluan. So takde la aku asyik sms die cakap sejuk lah, pening lah, tak sihatlah dan macam-macam lagi. Hehehe. Thanks sebab memahami. Lebiu!

p/s : Post cam dah lari dari tajuk. Hehehe. :P

Comments

  1. waaa...dah pandai masak..bagus2... nanti aku ngan kak linda nak datang umah. jangan lupa masak dan mengemas..hihi

    ReplyDelete
  2. hahaha...mestilaa...takkan selamanyee tak pandai masak kan..mati la asek nak makan luar jek...huhuhu...nak dtg?sile2...hehehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

. BENGANG .

. pentingkan diri ke? .

. anak buah .