Posts

Showing posts from June, 2010

aku benci poker

AKU BENCI POKER KAT FACEBOOK!! HARAMKAN POKER!!

RINDU TILAM DAN BANTAL

Sejak mengandung dan alami alahan nih, aku memang susah nak berpisah dengan tilam dan bantal. Sekarang aku dah rindu pada tilam dan bantal. Kalau dapat baring dan tido saja memang dapat Aku jugak jadi sangat pemalas. Kesian sama suami yang terpaksa menjadi bibik dan penat melayan kerenah aku yang tak menentu nih. Kadang-kadang jadi sangat emosi dan sensitif. Kadang-kadang boleh jadi sangat manja dan mengada-ngada. Aku dah jadi malas nak mengemas rumah, malas nak basuh pinggan mangkuk malah malas nak melayan makan dan minum suami. Haihh. Teruk betul perangai aku nih. Kadang-kadang suami naik berang, tp kemudian dia mula memahami. Hehehe. Mekasih bee kerana memahami. Aku tak banyak mengidam sangat tapi aku kurang selera makan. Aku pun tak tau nak makan apa yang mendatangkan selera. Malahan muntah-muntah yang sangat teruk. Tak tahan nak menghadap muntah-muntah nih. Sebab tuh aku rasa lebih selesa kalau di rumah nih. Dapat muntah sesuka hati tapi kalau di pejabat aku tak la