Kawan Makan Kawan

Zaman sekarang nih kawan makan kawan nih perkara yang sinonim dalam hidup kite. Kalau takde kawan makan kawan bukanlah hidup namenye. Aku pon dah lali sebenarnye. Cuba buat-buat tak tahu je dengan perkara nih. Tapi kesilapan takkan berlaku 2-3 kali lagi. Kalau aku nak cuba lagik dan terkena untuk sampai 4-5 kali lagi, maknanye bodoh la aku kan?? Siape nak pisang berbuah 4-5 kali?? 2 kali pon owang tak mau kan?? So dah sampai masa aku merambos dari hidup kau yang penuh dengan penipuan. Aku tengokkan je kau menipu aku dari awal. Aku rasa kesian bila aku pikirkan kau kawan aku dan aku beri peluang kau untuk berubah. Tapi kau masih tak sedar diri dan medongak langit bila bercakap. Selambe badak je kau menipu aku. Takde rasa bersalah. Kau sungguh kesian.

Bulan 12 aku pindah rumah kau. Kau mesra gila baik gila dengan aku. Akulah BFF. Sampai aku menyewa dengan kau pon kau kata tak perlu deposit umah. Oh baiknya hati kau. Rupanya ada udang di sebalik mee. Bulan pertama aku bayar sewa rumah seperti yang kau minta kononnye ikut agreement yang kau sign sebagai 'tenant' kena bayar sebelum 4hb setiap awal bulan. Aku patuh sebab taknak ada apa-apa masalah. Aku niat duduk menyewa dengan kau buat sementara waktu sementara tunggu kuarters.

Bulan ke 2 aku bayar sewa rumah seperti biasa juga atas sebab taknak ada apa-apa masalah. Tapi pada satu hari ade sorang perempuan cina datang rumah cari kau dan beritahu aku sewa rumah tak berbayar lagi. Oh! Maybe terlewat. Hope tak ada apa-apa masalah. Tup tup hari berikutnya aku dapat sms dari kau elektrik kena potong. Aku bersabar. Mungkin kau bayar terlewat.

Hujung bulan bila aku dapat gaji aku asingkan gaji untuk sewa rumah supaya aku tak miss langsung sewa rumah sebab taknak ada apa-apa masalah. Tup tup aku dapat lagi sms kau yang air pulak kena potong. Selama aku duduk menyewa dengan kau hujung bulan aje air kena potong. Rupanya ko tak bayar bil air dan elektrik. Aku masih lagi bersabar. Aku bayar sewa untuk bangun pagi2 dan turun untuk mandi di 'Public Tiolet'. Nasib baik ada public toilet kalau takdE kena mandi dekat swimming pool ke? Aku tak merungut pon kau tak bersyukur. Malah takde penjelasan daripada kau seolah olah tiada ape masalah. Setiap kali kalau aku bayar sewa rumah malam kau mesti pegi Giant shopping dan P1W1 Max kau yang kena potong dah bersambung balik.

Oh, aku ada jugak pakai line Internet kau sekali sekala. Tapi bukan lah 24 jam dari pagi sampai malam. Sebab kami bekerja. Penggunaan air jugak pada waktu pagi dan malam. Hari cuti terguna lebih sikit sebab basuh baju itu pon sekali sekala. Setiap minggu ko ajak kawan-kawan kau datang ramai-ramai. Siapa yang guna air lebih? Siapa yang guna elektrik lebih? Aku diam jugak. Malas nak bising. Lagipon waktu air kena potong aku curi air dekat bilik buang sampah. Laki aku yang gigih menahan bau busuk untuk ambil air supaya taknak susah nak kencing berak kena turun public toilet. Kau pun macam suka je mandi manda dan kencing berak kena turun public toilet. Takpe la kau kan tak bekerja. Penganggur terhormat. Nak mandi bila-bila pon boleh. Tak mandi pon boleh. Kami yang bekerja nih terpaksa pula berkorban masa dan tenaga. Kau memang takde perasaan langsung.

Bulan ke 3 pada satu hari ada satu perempuan cina dan anak lelakinya datang rumah sewaktu aku baru nak turun mandi di public toilet dan baru jek lepas curi air di bilik sampah sebab nak basuh baju aku yang dah bertimbun-timbun. Die marah marah dan cakap aku tipu die yang kau takde dekat rumah. Die datang dengan pak guard. Berderau darah aku turun sampai kaki. Aku dapat rasa mereka nak halau aku. Memang betul tekaan aku. Owner tu bawak surat notis suruh keluar dari rumah dan mintak bayar hutang. Aku cakap baik baik dengan die dan tanye ape masalah sebenarnye. Time tuh memang semua tekaan aku tepat. Kau tak bayar sewa rumah 3 bulan. Bil air dan elektrik pon kau tak bayar sampai jumlahnye beratus-ratus. Tapi selama nih kau berdalih dalih. At last owner tuh mintak aku rahsia kan yang kami jumpe die malam tuh. Patut la aku mintak number owner kau banyak alasan.

Bulan ke 4 macam biasa, hujung bulan air kena potong. Satu hari kau sms mintak bayar sewa rumah untuk bulan terakhir sebab kononnye owner bagi tinggal lagi seblan sampai ujung bulan. Aku bayar juga macam biasa sebab aku belom dapat kuarters lagi. Masih lagi menunggu. Aku still sabar lagi. Dan tiba-tiba jugak kau sms owner naikkan sewa rumah dan mintak aku keluar duit sewa lebih. Untuk sewa bulan depan. Sedangkan aku dah tau yang owner memang bagi masa sampai hujung bulan ni saje. Aku call tanya pada owner sendiri sewa rumah memang die tak naikkan. Maknanye kau cube tipu aku sekali lagi. So aku abaikan semua sms kau. Aku tak balas ape-ape langsung. Kau naik berang dan tak puas hati dan start tuduh aku selfish. Kau mula ungkit pasal aku tak bayar deposit rumah. Kau mintak aku tanggung sewa untuk bulan depan sebagai ganti aku tak bayar deposit. Kau tuduh aku nak aniya kau. Dalam kondisi kau nak menipu aku. Siapa yang naya siapa? Bila aku nak pindah kau suruh notis 2 bulan sedangkan kau pon boleh duduk kat rumah tu sampai hujung bulan saje. Kau suruh aku cari penyewa lain atau bayar sewa jugak. Kau nak aku act macam mana dengan segala penipuan kau ni?

Lastly aku amik keputusan untuk pindah jugak. Kuasa Allah hari khamis lepas aku dapat berita yang aku dapat kuarters dan boleh pindah bila-bila masa. Syukur alhamdulillah. Betullah kata kawan aku tuhan selalu bantu orang yang ditindas. So aku blah macam tu aje. Kau naik berang dan marah. Kau start sms aku yang macam macam. Ungkit pasal aku guna internet yang tah berapa kali aku pakai dan boleh dibilang pakai jari. Kau ungkit pasal bil air dan elektrik dan semuanya. Bila aku cuba kantoikan kau pasal sewa rumah kau tak bayar 3 bulan dan kau cuba menipu aku. Kau mengamok dan kate aku tak malu sebab tak bayar duit deposit rumah. Kau kate kau bayar sewa rumah atau tak, tu kau punye pasal sebab aku menyewa dengan kau. So aku kena bayar dekat kau. So macam tu, Kau amek kesempatan dan suka ati kau la nak tipu aku sewa rumah naik? Maknanye aku mangsa penipuan kau la kan? Maknanye kau la yang tak ade perasaan nak menipu aku yang kau cakap miskin dan orang kampung nih. Kau tak bekerja pon banyak duit kan? Kenapa kau tak bayar je sewa rumah dan bil-bail air dan elektrik?? Kenapa kau nak kena menipu duit aku yang tak setaraf dengan kau bak kata kawan-kawan baik kau? Nasib baik aku deal dengan owner sendiri. Sedangkan aku duduk menyewa rumah tu dah menyalahi peraturan dan langgar agreement.

Kau cakap kau yang bertanggungjawab atas rumah tu kalau ape-ape terjadi sebab rumah tuh sewa atas nama kau. Jadi kalau kau kena merempat aku pon kena merempat same la?? Aku dah cite sume pada owner dan owner yang advice aku untuk tak bayar satu sen pon pada kau. Sebab kau gunakan nama owner untuk menipu aku. Nasib baik kami nih bijak. Selama ni pon kau dah menipu owner banyak kali. Jadi kami bantu satu sama lain supaya kami tak tertipu lagi dengan kau.

Untuk pengetahuan kau yang mengutuk aku kononnye aku pinjam duit along sebab nak kawin. Nih aku nak bagi clear kat kau. Aku tak penah pon pinjam duit along. Aku gunakan alasan tu supaya aku yang tak jadi along bagi pinjam duit kat kau tapi kau takkan bayar. Pinjam duit adik aku yang student RM30 pun tak terbayar sampai sekarang nih. Dan pasal kau kutuk-kutuk aku orang kampung dan duk flat tu takpe aku tak kisah. Aku akui sebab aku memang tak kaya sebab tu aku kurus tak cukup makan. Memang aku tak dilahirkan dalam keluarga orang kaya at least aku sedar diri aku siapa. Duit aku yang tak kaya nih jugakla yang kau nak tipu. Untuk pengetahuan kau aku kawin pon mak bapak aku sponsor A-Z. Kau tak tau kan? takpe la aku kan orang kampung dan orang miskin. Dan pengakuan kau menipu aku atas sebab suka-suka dan rasa seronok tu aku terima dengan hati yang redha. Mungkin itulah kerja kau memandangkan kau bekerja sebagai penggangur terhormat yang duduk kondo style kena nak ada. Kau kutuk-kutuk orang duk flat sedangkan bf kau pon duduk flat aje. Takpe aku terima dengan ati yang redha. Lastly kau ugut kau akan buat ape saje asalkan ati kau puas kan?? Aku ada simpan sms kau tu. Ingat sms kau tu berbaur ugutan. Aku bila bila masa je akan buat repot polis. So ape-ape yang terjadi pada aku kau adalah suspek utama. Dan kau bijak dengan cepatnyaa kau sebarkan dan cerita pada orang sekeliling kau pasal aku. Aku pasti kau dah pusing cite dan cite yang buruk buruk je pasal aku. Aku tak kisah. Sekarang nih hanya aku dan tuhan je yang tau siape kau.

p/s : Kau memang kawan makan kawan. Aku doakan yang terbaik untuk kau.

Comments

  1. adakah aku knal si pemakan org ittew.. hehehehe....

    ReplyDelete
  2. kenal laa...
    tp aku malas mau bitau sapekah iteww...
    bia la si luncai dengan labu-labunya...
    masa untuk merambos dari hidop die...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

. pentingkan diri ke? .

. BENGANG .

. anak buah .