Pages

Aug 25, 2009

Jangankan lelaki biasa

Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.
p/s : mau berkongsi sesuatu yang berguna untuk pengetahuan dan buat ingatan dalam sepanjang hidup kita nih.

Aug 24, 2009

. dah 3 ramadhan .

pagi pagi aku dah email member aku, ika pasal nak balik jb minggu nih. aku dah tak sabar nak balik jb berpuasa n berbuka dengan family nih. sekali dia dah beli tiket dulu daaa. nampaknya aku naik bas sensorang la. tak best la takde teman nih. tapi takpe la. janji aku balik jb jugak. tak kire. kalau dah sensorang tuh konpem dalam bas aku mengorok je. aku tak takut terlepas stesen sebab aku memang turun kat last stesen. hehehe.

1st ngan 2nd pose best la aku sebab berbuka dengan si tunang. start ari nih sampai khamis aku buke pose sensorang jek. huh! tak dapat la aku nak pegi baram seperti rutin setiap tahun. aku kan dah tak pakai kete sekarang. naik bas jek. hihihi. rasa cam memula masuk keje plak. mase dolu dolu pegi keje naik bas nadi putra lime posen. pegi baram naik bas? takde keje la aku. nasib baik bawah blok aku tuh sekarang dah ada orang jual-jual jugak. ala ala baram gak la. hehehehe. so aku dah memikirkan nak beli juadah pose aku kat mane. tapi, tak dapat la aku nak berangan nak makan itu ini. kalau pegi baram tu ape pon ade. kalau bawah blok aku tuh mesti tak banyak choice. tapi, ok jugak kan. dapat la aku bersederhana time bukak pose. kalau tak sume pon aku nak. last last tak termakan. lagipon aku makan sorang. kalau tak habis sape yang nak habiskan. kalau ada si tunang mesti dia yang dah tolong habiskan. tuh yang badan ko bagai di pam pam. hihihi.

warrghh. dah pukul 3 lebih nih. rasa cam masa cepat jugak berlalu. aku tak sempat sahur pagi tadik. syok jek tido. akibatnya. perut aku berkeriokk je dari tadik. sabo ye perut. sib baik tak mengantuk sangat.

p/s: opis aku hari ni sangat sunyi sepi. mereka takde tenaga nak berborak lagak pasar borong agaknya. kata pose. hehehe. aku suke. (^_^)



saje nak hias page aku nih. dari pose pertama nak makan. tak tercapai lagik.

Aug 20, 2009

. mencari osmet .

2 orang osmet aku sudah berpindah ke kuarters. buat masa sekarang aku duk rumah tuh sensorang. rasa cam kekok gak duk sesowang semalam malam. selalu gak duk sensorang kat umah tuh. tapi kali nih lain sikit sebab duk sesorang dengan dua bilik yang kosong dan ruang tamu yang kosong. bilik aku jek penuh barang. semalam aku nak basuh baju. sekali nak angkat baldi terjatuh pulak. bunyi bergema. yela bilik dekat dapur tuh dah kosong. bergema la. aku kat toilet dengar bunyik hanpon aku pon kuat gile. selalu kalau aku kat toilet tak dengar bunyik hanpon aku.

sekarang aku tengah proses mencari osmet baru. memang ramai yang nak cari bilik kosong. tapi aku rasa aku plak yang memilih. bile pikir pikir balik. lantak la. (kenapa aku suke cakap lantak la?dah lame pasan.) terima je la siapa pon yang nak menyewa. aku ada rasa nak pindah jugak. tapi, aku pon tak lama dekat rumah tuh. lagik 6 bulan je nak kahwin. lepas kahwin pon aku tetap kena pindah. so aku melupakan niat untuk ikut jejak osmet - osmet lama aku untuk berpindah. aku baru terfikir maybe sebab aku dah nak kahwin tak lama lagik, tu yang diorang pindah cepat-cepat ke kuarters tuh kot. ok dah tau. hehehe.


p/s : aku sambut puasa sensorang bulan nih. haihh. ujung bulan balik kampung la. (^_^)

Aug 5, 2009

. anak buah 3 .

Kedua dua anak buah aku dah semakin membesar...jom tengok telatah diorang...
haziq cium sarah..sayang adik die..



ha! yang nih over betul..lemas adik die..



dah beso dah diorang nih..pandai si sarah tengok kamera..




hihi..dua dua suke tengok tv..si sarah tuh cam paham jek.. (suka tengok iklan)

p/s : rindu pulak kat diorang tengok gambar nih...

Aug 4, 2009

seksa

khamis lepas, mula mula rasa nak demam. badan panas. aku telan 2 bijik paracetamol. off kipas pastu tido berselimut. lepas 2 jam. dah kebah. tetibe flu pulak. hingus meleleh jek. sampai aku terpaksa sumbat tisu lam idung. malas nak pegang. wohh! seksanya aku rasa.

jumaat malam dah janji ngan mak nak balik jb. tunang aku cakap kalau tak larat tak payah balik. tapi aku dah berjanji dengan kawan kawan kat jb nak balik sebab ramai ramai nak serbu wedding amalina. my ex schoolmate and classmate. so aku bertahan jek.

naik bas balik jb pukul 10.30 malam. so sampai jb dah pukul 2.30 pagi. sampai kat rumah aku terus tido tak salin baju, tak buang mekap ngan mandi. sok je mandi. hehehe. esok paginya ingat nak pergi hospital besar check la kalau kalau aku kena H1N1 ke. mana la tau kan. dah 2 hari aku delay nak jumpa doktor. sekali aku rasa cam dah sihat pulak. so aku cakap dengan bapak aku tak payah la bawak pegi hospital. sibuk aku nak pegi wedding amalina. kat wedding tuh aku rasa tak bape nak sakit sangat sebabnya jumpa ramai kawan kawan sekolah. lame tuh tak jumpa. dekat 7 tahun kot. seronok sangat.

hari ahad. aku dah nak balik putrajaya balik. naik bas dengan kawan aku konon konon nak turun kat shah alam. memang la turun kat shah alam. tapi tempat lain plak yang driver tuh turunkan. bus stop mane tah. terpaksa suruh tunang aku ambil kat bus stop tuh. tapi tunang aku lalu jalan lain. jadi aku dengan kawan aku nih terpaksa melintas turun bukit lalu dekat terowong untuk sampai jalan sebelah lagi satu. nasib baik tak terpeleot kaki aku nih. turun bukit pakai heels. sabo je la.

hari isnin aku rasa malas nak pergi keje. dengan flu yang tak baik lagi. datang pulak batuk batuk yang menggila. cam nak mati. hoh! seksanya. so aku plan nak mintak cuti sakit di hospital kerajaan. pukul 10 pagi aku ke sana. manusia berduyun duyun tiba (cam lagu juliana banos) kat hospital tuh. sampai aku tak mampu nak tunggu lama lama sampai ke petang. rasa nak pengsan jek kat situ. last last aku balik je rumah tido lagi baik! so terpaksa la aku EL je.

hari nih aku pegi keje cam biasa. dengan membawa virus penyakit yang mungkin akan aku jangkitkan pada orang lain. jahat tak aku? hahahaha. nak buat cemana. takkan nak ambik cuti. sayang la cuti aku dah tinggal sikit. mc plak hospital kerajaan ramai gila orang cam haram. nak pegi pepagi malas pulak aku. kena jalan kaki pulak tuh. lagik la menambahkan kemalasan aku. nak ambik mc swasta sayang la duet aku. kat opis ahri nih sunyi je. ramai yang pergi kursus kat johor. so kedengaran batuk batuk aku yang menyebarkan virus di sekeliling bilik memecah keheningan sunyi. konpem bos aku mangsa utama. hihihi. lantak ar.



p/s : aku rasa cam nak balik sekarang. nak melepek lam bilik tido jek cam owang sakit. nih sakit pegi keje. apekahh?? delay lagik nak jumpe doktor. lantak ar!



sedikit gambar untuk hiasan blog ku ini.


mase kat wedding amalina. cam tak sakit pon. ehee.


kualiti gambar kurang baik. sebab yang tukang amek tangan tak bedong. haihh.