Pages

Aug 4, 2009

seksa

khamis lepas, mula mula rasa nak demam. badan panas. aku telan 2 bijik paracetamol. off kipas pastu tido berselimut. lepas 2 jam. dah kebah. tetibe flu pulak. hingus meleleh jek. sampai aku terpaksa sumbat tisu lam idung. malas nak pegang. wohh! seksanya aku rasa.

jumaat malam dah janji ngan mak nak balik jb. tunang aku cakap kalau tak larat tak payah balik. tapi aku dah berjanji dengan kawan kawan kat jb nak balik sebab ramai ramai nak serbu wedding amalina. my ex schoolmate and classmate. so aku bertahan jek.

naik bas balik jb pukul 10.30 malam. so sampai jb dah pukul 2.30 pagi. sampai kat rumah aku terus tido tak salin baju, tak buang mekap ngan mandi. sok je mandi. hehehe. esok paginya ingat nak pergi hospital besar check la kalau kalau aku kena H1N1 ke. mana la tau kan. dah 2 hari aku delay nak jumpa doktor. sekali aku rasa cam dah sihat pulak. so aku cakap dengan bapak aku tak payah la bawak pegi hospital. sibuk aku nak pegi wedding amalina. kat wedding tuh aku rasa tak bape nak sakit sangat sebabnya jumpa ramai kawan kawan sekolah. lame tuh tak jumpa. dekat 7 tahun kot. seronok sangat.

hari ahad. aku dah nak balik putrajaya balik. naik bas dengan kawan aku konon konon nak turun kat shah alam. memang la turun kat shah alam. tapi tempat lain plak yang driver tuh turunkan. bus stop mane tah. terpaksa suruh tunang aku ambil kat bus stop tuh. tapi tunang aku lalu jalan lain. jadi aku dengan kawan aku nih terpaksa melintas turun bukit lalu dekat terowong untuk sampai jalan sebelah lagi satu. nasib baik tak terpeleot kaki aku nih. turun bukit pakai heels. sabo je la.

hari isnin aku rasa malas nak pergi keje. dengan flu yang tak baik lagi. datang pulak batuk batuk yang menggila. cam nak mati. hoh! seksanya. so aku plan nak mintak cuti sakit di hospital kerajaan. pukul 10 pagi aku ke sana. manusia berduyun duyun tiba (cam lagu juliana banos) kat hospital tuh. sampai aku tak mampu nak tunggu lama lama sampai ke petang. rasa nak pengsan jek kat situ. last last aku balik je rumah tido lagi baik! so terpaksa la aku EL je.

hari nih aku pegi keje cam biasa. dengan membawa virus penyakit yang mungkin akan aku jangkitkan pada orang lain. jahat tak aku? hahahaha. nak buat cemana. takkan nak ambik cuti. sayang la cuti aku dah tinggal sikit. mc plak hospital kerajaan ramai gila orang cam haram. nak pegi pepagi malas pulak aku. kena jalan kaki pulak tuh. lagik la menambahkan kemalasan aku. nak ambik mc swasta sayang la duet aku. kat opis ahri nih sunyi je. ramai yang pergi kursus kat johor. so kedengaran batuk batuk aku yang menyebarkan virus di sekeliling bilik memecah keheningan sunyi. konpem bos aku mangsa utama. hihihi. lantak ar.



p/s : aku rasa cam nak balik sekarang. nak melepek lam bilik tido jek cam owang sakit. nih sakit pegi keje. apekahh?? delay lagik nak jumpe doktor. lantak ar!



sedikit gambar untuk hiasan blog ku ini.


mase kat wedding amalina. cam tak sakit pon. ehee.


kualiti gambar kurang baik. sebab yang tukang amek tangan tak bedong. haihh.

2 comments: