Pages

Jul 31, 2009

wang dan harta atau kebahagiaan ?


Sesetengah orang lebih mementingkan wang dan harta untuk mendapat kebahagiaan. bagi aku wang dan harta adalah nombor dua. kebahagiaan yang utama. wang dan harta boleh di cari dan di kumpul. nak dengan taknak je kite mencari. tapi suatu perhubungan tanpa ada kebahagiaan tak guna langsung. mesti rasa tak best. tak kisah la kalau aku nih berada dalam level yang tak berada. al least aku ada die pon ada jugak. kalau dia ada tapi aku takde mesti dia cari pompuan lain. ciss! hehehe. maksud aku takde la susah sampai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang cam ayam. tuh pon aku rasa ayam pon bahagia. tengok la sekali beranak banyak telor yang terhasil siap apek leh gi jual kat kedai dapat duit. rezeki jugak kan.


Kebahagiaan tu terletak pada tangan kita sendiri. kita sendiri yang akan buat keputusan nak bahagia atau nak harta. nak dua dua? nobody is perfects. sebab Allah tuh adil. Dia takkan bagi semua yang kita nak. kalau bagi pon mesti akan ada kekurangannya. tengok la Dia nak bagi ke tak kan. sebab Dia yang berkuasa. sebab tuh la satu ujian untuk kita. kalau bagi sempurna kang tak adventure pulak. kita kan di ciptakan duk kat dunia nih untuk menghadapi ujianNya. sama la cam kita masuk skolah or IPT. untuk menghadapi exam. btol tak?


Oleh itu aku belajar untuk sabar, redha dan terima jek semua ketentuan yang di tentukan. sebab aku belajar kalo banyak sabar nih banyak hikmahnye. sesuatu yang tak dijangkakan tuh akan berlaku. time tuh mesti aku akan rasa bersyukur. "nasib baik aku sabar. rupanya nih yang aku nak dapat" lebih kurang camtu la. aku ada pengalaman camtu.


So terpulang pada diri untuk menentukan hidup sendiri. jangan hidup tanpa arah dan tujuan. wang dan harta tak menjanjikan kebahagiaan. bahagia jangan sampai masuk hospital bahagia. hehe. aku tak mau demand. aku tak mau yang perfect. sebab aku bukan seorang yang perfect. akan aku terima dia seadanya. moga kami hidup dalam bahagia. aminn..


p/s : adoiyai flu nih. hingus terasa nak meleleh. rasa terseksa. ujian jugak tuh. hehehe. sabo je la.




gambar sekadar hiasan ;D

3 comments:

  1. takde yang sempurna dalam dunia nie... betol ckp ko, kena belajar redha dan terima seadanya..kan..kan

    ReplyDelete
  2. terima seadanya.
    mesti ok punya.

    ReplyDelete