Pages

Jul 2, 2009

. pentingkan diri ke? .

Antara sahabat dan tunang? Siapa yang paling perlu aku utamakan? Kalau sahabat tak dapat di bantu atas nasihat si tunang, apa aku kejam? Betul juga kata-kata si tunang. Banyak perkara yang perlu kita fikirkan sebelum membuat keputusan. Apetah lagi keputusan dalam membantu seorang sahabat itu akan mendatangkan effect dalam kehidupan masa akan datang kita, apetah lagi membabitkan kewangan kita. Manusia nih dalam kesusahan semuanya kata-kata manis dan semuanya boleh. Sampai masa, janji tinggal janji. Aku memang sering terkena. Banyak kali terjadi sehingga aku susah nak mempercayai janji-janji yang seorang sahabat tu taburkan.

Ada seorang sahabat aku nih. Dia dalam kesusahan. Kereta kena tarik. So dalam keadaan terdesak dia pinjam la duit aku. Janji akan bayar balik seminggu kemudian. So aku paham la keadaan dia nih dan bagi pinjam. Takpe la mane tau kalau dia tolong aku, sok sok dia tolong aku pulak. So kami pon happy. Sering berjumpa. Sering sms-ing. Sering lepaking kat rumah dia. Persahabatan kami berjalan lancar. Satu hari nih kami ber chatting. Dia beritahu dia ada macam macam masalah yang menimpa. Bertimpa timpa. Aku pon simpati la dan bagi pertolongan yang semampu aku. Sekarang kereta dia akan kena lelong. Aku pon tanya nak pertolongan yang macam mana? Dia mintak aku buat loan atas nama aku sebanyak RM5k. Untuk bantu dia keluarkan kereta dia. Macam macam syarat dan janji dia bagi kat aku. Aku cakap insya allah aku tolong, dan mintak nak bincang dengan tunang aku. Aku pon dah bincang dengan tunang aku. Setuju dengan janji janji dia. So aku setuju la untuk tolong buat loan. Tiba tiba dia sms mintak aku buat loan RM10k pulak setelah aku beritahu persetujuan aku tu. Lagi sekali aku bincang dengan tunang aku. Kali nih tunang aku tak setuju. Macam macam pendapat yang aku agak logik dan terima akal tunang aku bagi. Kawan kawan aku yang lain pon ada cakap menda yang sama. So aku buat keputusan tak dapat la nak tolong dia kalau camtu. Dia terima keputusan dan balas sms aku dengan baik. Aku lega.

Seminggu kemudian aku sms la dia macam biasa. Nak lepaking sama sama. Tapi dia bagi alasan tak dapat nak jumpa. Ok aku macam biasa. Lepas seminggu lagi aku ajak lepak sama lagi. Dia bagi alasan lagi tak dapat nak lepak sama sekali dengan keluhan mintak aku faham keadaan dia sekarang susah dan terdesak dan tak dapat nak bayar duit aku seperti yang dia janji lagi. Ok aku faham. Maybe dia minta aku jangan ganggu dia buat masa sekarang nih. Kami mula renggang. takde sms dari dia lagi. Senyap dan diam seribu bahasa. Seperti menjauhkan diri.

Adakah sebab aku tak dapat nak tolong dia, kami jadi renggang? Adakah aku kejam sebab tak dapat nak tolong dia? Salah ke aku sebab aku terima pendapat si tunang dan kawan kawan aku yang lain supaya aku tak susah kelak di kemudian hari? Adakah aku mementingkan diri sendiri?

Tapi.. salah ke kalau aku cuba untuk memikirkan diri sendiri dari orang lain? Aku pantang orang yang tak tunaikan janji nih.

o_O salah ke?




gambar adalah sekadar hiasan ;p

4 comments:

  1. takde maknanya....kawan yang baik takkan menyusahkan kawan dia..
    huhuhu...cam tak sesuai je ayat aku... tukar la ayat..
    ape guna kawan kalau tak nak tolong menolong :p

    ReplyDelete
  2. fara, pendapat aku macam ni.

    memanglah kawan kena tolong kawan.
    tapi dia tu, aku tak nampak macam patut ditolong.
    ini bukan salah kau pun, itu silap dia.

    jangan hukum diri sendiri atas kesilapan orang lain.

    kool ok! :)

    ReplyDelete
  3. cujen : tolong ke tak tolong? iskk...

    ain : tuh la tuh...malas nak pikir2 pasal dia lagi...

    ReplyDelete
  4. abaikan je..bagi die masa k..mungkin dia da salah faham kat ko..nnt ok la tu..

    ReplyDelete